Followers

Sunday, January 19, 2014

Umno ‘parti lekeh’ tarik balik saman Tian Chua, kata Utusan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Photo: Umno ‘parti lekeh’ tarik balik saman Tian Chua, kata Utusan

 
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
JANUARY 19, 2014

Timbalan Presiden Jati, Mohd Aidit (kanan), menganggap tindakan penarikan balik saman oleh Umno terhadap Tian Chua satu kesilapan besar. - Gambar The Malaysian Insider, 19 Januari, 2014.
Keputusan Umno menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua, menggambarkan parti itu sebagai lekeh dan hanya mencari publisiti menjelang pilihan raya, kata akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

Penolong pengarangnya, Ku Seman Ku Hussain berkata tindakan Umno itu bukan sahaja menggambarkan parti itu enggan meneruskan proses mahkamah tetapi tidak menjaga sensitiviti waris mangsa pencerobohan Lahad Datu.

“Kalau kalah sekali pun, Umno tetap menang di mata rakyat tetapi bila belum pun masuk berlawan telah 'diselesaikan' di tepi gelanggang, apa ceritanya? Lekeh sangatlah. Adakah selepas pilihan raya umum berlalu maka saman terhadap Tian Chua sudah tidak bernilai tinggi di pasaran politik untuk meraih sokongan rakyat?


 
“Adakah harga nyawa perajurit, maruah negara dan keselamatan rakyat boleh ditukar dengan permohonan maaf oleh Tian Chua? Tambahan pula ia dibuat bukan secara rasmi di depan umum,” katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Kes saman fitnah yang difailkan Umno terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu kononnya satu sandiwara Umno telah diselesaikan di luar mahkamah pada Isnin, selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, penarikan balik kedua-dua saman tersebut bukanlah bermaksud Umno tidak serius terhadap pandangan rakyat dan tidak tegas dalam fitnah yang dibuat pihak lawan.

Menurut Ku Seman, apabila Umno mengambil tindakan mahkamah ke atas Tian Chua, ia melihatkan kesungguhan Umno tidak mempolitikkan isu serangan pengganas tersebut.

Katanya, rakyat telah bangkit memberi tekanan kepada Tian Chua apabila jumlah perajurit terkorban semakin meningkat dan melihat pemimpin PKR itu berpolitik melampaui batas.

“Apabila Umno menarik balik saman selepas Tian Chua meminta maaf ini adalah tindakan ‘hangat-hangat tahi ayam’. Tragedi perajurit kita dibunuh oleh pengganas Sulu di Lahad Datu mendapat simpati seluruh rakyat kecuali mereka yang ‘tidak berguna' kepada negara.

“Sepatutnya apabila Umno memulakan, biarlah hingga ke 'titisan darah terakhir' walaupun terpaksa menerima kekalahan. Alang-alang menyeluk tempayan budu, biarlah apa akan berlaku sekalipun,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) menyifatkan tindakan Umno menarik balik saman terhadap Tian Chua membuktikan parti itu tidak yakin terhadap tindakan saman tersebut yang sekaligus akan mengundang lebih banyak perbuatan biadap pihak pembangkang.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd  Aidit Ghazali berkata penarikan saman itu satu kesilapan besar Umno apabila ia turut mengundang kemarahan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menurutnya bekerja keras untuk memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.

"Pemimpin Umno harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara. Isu (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej Umno tetapi turut berkaitan dengan masalah bangsa, agama dan negara.

"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik Umno sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Mohd Aidit menggesa Umno konsisten dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara dan bukan sekadar satu polisi bermusim.

Katanya, pemimpin Umno juga perlu meningkatkan keberanian dan ilmu pengetahuan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

"Kita tidak mahu pemimpin Umno hanya bertindak tegas secara bermusim sahaja, sebab musuh politik akan sentiasa cuba memburukkan parti itu tanpa mengira masa," tegasnya.

“Apabila dekat dengan pilihan raya umum atau Perhimpunan Agung Umno, kita lihat Umno tegas dengan tindakan mereka,” katanya. - 19 Januari, 2014.Timbalan Presiden Jati, Mohd Aidit (kanan), menganggap tindakan penarikan balik saman oleh Umno terhadap Tian Chua satu kesilapan besar. - Gambar The Malaysian Insider, 19 Januari, 2014.

Keputusan Umno menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua, menggambarkan parti itu sebagai lekeh dan hanya mencari publisiti menjelang pilihan raya, kata akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

Penolong pengarangnya, Ku Seman Ku Hussain berkata tindakan Umno itu bukan sahaja menggambarkan parti itu enggan meneruskan proses mahkamah tetapi tidak menjaga sensitiviti waris mangsa pencerobohan Lahad Datu.

“Kalau kalah sekali pun, Umno tetap menang di mata rakyat tetapi bila belum pun masuk berlawan telah 'diselesaikan' di tepi gelanggang, apa ceritanya? Lekeh sangatlah. Adakah selepas pilihan raya umum berlalu maka saman terhadap Tian Chua sudah tidak bernilai tinggi dipasaran politik untuk meraih sokongan rakyat?

“Adakah harga nyawa perajurit, maruah negara dan keselamatan rakyat boleh ditukar dengan permohonan maaf oleh Tian Chua? Tambahan pula ia dibuat bukan secara rasmi di depan umum,” katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Kes saman fitnah yang difailkan Umno terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu kononnya satu sandiwara Umno telah diselesaikan di luar mahkamah pada Isnin, selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, penarikan balik kedua-dua saman tersebut bukanlah bermaksud Umno tidak serius terhadap pandangan rakyat dan tidak tegas dalam fitnah yang dibuat pihak lawan.

Menurut Ku Seman, apabila Umno mengambil tindakan mahkamah ke atas Tian Chua, ia melihatkan kesungguhan Umno tidak mempolitikkan isu serangan pengganas tersebut.

Katanya, rakyat telah bangkit memberi tekanan kepada Tian Chua apabila jumlah perajurit terkorban semakin meningkat dan melihat pemimpin PKR itu berpolitik melampaui batas.

“Apabila Umno menarik balik saman selepas Tian Chua meminta maaf ini adalah tindakan ‘hangat-hangat tahi ayam’. Tragedi perajurit kita dibunuh oleh pengganas Sulu di Lahad Datu mendapat simpati seluruh rakyat kecuali mereka yang ‘tidak berguna' kepada negara.


“Sepatutnya apabila Umno memulakan, biarlah hingga ke 'titisan darah terakhir' walaupun terpaksa menerima kekalahan. Alang-alang menyeluk tempayan budu, biarlah apa akan berlaku sekalipun,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) menyifatkan tindakan Umno menarik balik saman terhadap Tian Chua membuktikan parti itu tidak yakin terhadap tindakan saman tersebut yang sekaligus akan mengundang lebih banyak perbuatan biadap pihak pembangkang.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Aidit Ghazali berkata penarikan saman itu satu kesilapan besar Umno apabila ia turut mengundang kemarahan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menurutnya bekerja keras untuk memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.

"Pemimpin Umno harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara. Isu (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej Umno tetapi turut berkaitan dengan masalah bangsa, agama dan negara.

"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik Umno sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Mohd Aidit menggesa Umno konsisten dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara dan bukan sekadar satu polisi bermusim.

Katanya, pemimpin Umno juga perlu meningkatkan keberanian dan ilmu pengetahuan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

"Kita tidak mahu pemimpin Umno hanya bertindak tegas secara bermusim sahaja, sebab musuh politik akan sentiasa cuba memburukkan parti itu tanpa mengira masa," tegasnya.

“Apabila dekat dengan pilihan raya umum atau Perhimpunan Agung Umno, kita lihat Umno tegas dengan tindakan mereka,” katanya. - 19 Januari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.