[TMI] Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut bebas
daripada skandal PKFZ. Gambar fail.Ini adalah fakta mengenai politik di
Malaysia: selain daripada sasaran kegemaran kerajaan iaitu Datuk Seri
Anwar Ibrahim, tiada seorang pun menteri atau bekas menteri lain yang
pernah melihat apa isi penjara.
Ada beberapa kes yang hampir, antaranya adalah pembunuhan ahli politik
Umno pada 1982 namun tiada satu pun yang membayar apa yang dilakukannya
ketika masih memegang jawatan.
Hari ini, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong
Choy menyertai senarai panjang bekas menteri yang terlepas daripada
dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu
berhubung Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila ia diilhamkan
pada 1997, tetapi menjadi berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.
Kos muktamad kepada pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.
Tiada siapa pun yang dihukum dalam skandal ini.
Laporan PwC pada 2009 menyifatkan Chan, Puan O C Phang dan bekas
pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang dan lembaga pengarah agensi
pelabuhan itu sebagai tidak menjalankan tugas dengan sepenuh perhatian.
Namun kes ini nampaknya harus berakhir secara mendadak.
Kalau tidak, ia akan memalukan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah
Badawi, yang sepatutnya menjelaskan mengapa keputusan tertentu dibuat
oleh kerajaan beliau dan mengapa tandatangan beliau berada di perjanjian
tertentu dan sama ada rakan Kabinet beliau dimaklumkan atas beberapa
keputusan yang dibuat PKFZ.
Pendek kata, Chan tidak patut menjadi satu-satunya yang dibawa ke muka pengadilan.
Abdullah, rakan-rakan Kabinet beliau dan beberapa ahli politik termasuk
seorang di Malaysia Timur yang baru-baru ini diberi tugasan berat oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga harus menjawab soalan yang
timbul daripada skandal ini.
Contohnya, bagaimana tanah yang dibeli pada 1990-an pada harga RM96 juta
atau sekurang-kurangnya RM3 satu kaki persegi, dijual pada harga RM1
bilion atau RM25 satu kaki persegi.
Mengapa penjual diberi hak tunggal untuk membangunkan zon bebas perdagangan tanpa membuka tender.
Dan bagaimana pula mereka mampu mengumpul dana melalui perjanjian yang
dipertahankan oleh "surat pujukan" daripada menteri pengangkutan
Malaysia.
Tetapi pihak pendakwa datang menyelamatkan hari. Satu lagi tertuduh
daripada skandal PKFZ dibebaskan. Tiada siapa pun yang tinggal untuk
menanggung salah selain daripada rakyat Malaysia, yang akan melihat duit
cukai dibayar habis dibazirkan.
Betullah kata Karl Marx, sejarah akan berulang, pada mulanya sebuah
tragedi, kemudian menjadi sandiwara. Inilah penyudahnya skandal PKFZ. –
13 Januari, 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.