Followers

Thursday, January 30, 2014

Tindakan Bekas Adun Kajang Chin Cheh, Dapat Pujian



Chin Cheh
Lee Chin Cheh
"Khalid Samad : Tindakan Chin Cheh jauh beza berbanding fenomena lompat parti 2009" 

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas kemampuan memilih calon yang mempunyai komitment begitu tinggi bagi membawa aspirasi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Hal itu dibuktikan apabila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh sanggup berkorban dengan melepaskan jawatannya demi memastikan kerajaan PR Selangor dapat dipertahankan daripada segala ancaman Barisan Nasional (BN).

khalid samad
“Chin Cheh bukan sekadar tidak menjual kerusinya dan melompat tetapi sanggup mengosongkan atas permintaan partinya sendiri.



“Ini perbezaan yang begitu besar dengan fenomena lompat parti, pada 2009.


Dahulu melompat dan khianat, tetapi sekarang selepas PRU-13 beliau menunjukkan tahap akhlak berjemaah yang begitu tinggi sehingga sanggup mengorbankan kerusi atas arahan parti,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.


Khalid berkata, tindakan demikian amat bertentangan dengan amalan di kalangan pemimpin BN yang sentiasa berebut untuk mendapatkan jawatan termasuk kerusi ADUN.


“Kalau BN, bukan sahaja susah untuk lepaskan kerusi jika diarahkan, tetapi akan berebut untuk mendapatkannya dengan sogokan dan sebagainya. Berbeza dengan Chin Cheh kerana sanggup berkorban,” katanya.


Beliau turut menggesa pengundi di Kajang tidak mempersiakan pengorbanan Chin Cheh dengan memastikan kemenangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ADUN yang baru.


                   "Bekas Adun Kajang mohon maaf"

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh, mengakui gagal menyempurnakan amanah sebagai wakil rakyat sebelum penggal ini berakhir.


Beliau kemudiannya secara terbuka memohon maaf kepada seluruh pengundi yang memilihnya pada PRU lalu.


"Saya mohon jutaan maaf kepada rakyat Kajang kerana tidak dapat sempurnakan khidmat kepada rakyat tetapi keputusan ini akan memberi kebaikan kepada penduduk," katanya dipetik portal Berita Harian.


Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin.


Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu. 


IdaMan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.