Cuba Korang Faham Apa Maksud ZAM Tentang Najib.......
UMNO ketandusan pemimpin yang berkebolehan.
Di dalam UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang punya kelebihan otak.
Kelemahan Najib hanya kerana terlalu elitis?
Berjaya menagguhkan masalah tetapibukan menyelesaikan masalah Najib lemah atau lembut?
ZAM inginkan Najib mempunyai stail Mahathir!
PELBAGAI
tafsiran telah dibuat berhubung dengan posting saya (12 Januari 2014)
supaya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed diberikan peranan
dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Penasihat DAP
Lim Kit Siang memberikan reaksi pantas dengan menuduh saya sebagai
menginisiatifkan komplot dan konspirasi golongan reaksionari dan anti
demokrasi dalam Umno dan BN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.
Kit Siang sebenarnya mimpikan kekuatan saya lebih dari yang sebenarnya.
Saya tidak
mempunyai sebarang kedudukan dalam Umno baik diperingkat bawahan atau
atasan dan saya tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana mana pemimpin
Umno.
Saya juga tidak rapat dengan Mahathir seperti sangkaan banyak orang malah ketika melancarkan karya saya Tun
Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot lama dahulu, Mahathir walaupun
menganggap saya sebagai kawan tetapi katanya "Kawan yang menyusahkan."
Bagi saya kekuatan tidak semestinya bergantung kepada pertubuhan atau parti jika kita mempunyai kekuatan sendiri.
Umpamanya
apabila saya mengkritik bekas Presiden Indonesia Habibi yang mengujungi
Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum Malaysia tanpa menghormati
tatasusila negara ini, telah menimbulkan reaksi yang cukup hangat di
Indonesia.
Lebih 1 juta
menonton saya menerusi interviu sacara langsung oleh TV1 Indonesia dan
juga mendapat perhatian pemimpin pemimpin besar Indonesia termasuk
Presiden Indonesia sendiri.
Saudara Kit Siang boleh meminta angka ini dari TV1 Indonesia sendiri.
Saya juga
merasa bangga kerana sebagai orang yang tidak mempunyai apa apa
kedudukan dalam parti dan kerajaan saya masih mendapat perhatian dari
saudara Kit Siang.
Selain dari Kit Siang , kalangan Umno sendiri ada yang menganggap saya menyindir kepimpinan Najib yang lemah.
Saya tidak
menyindir tetapi saya katakan terus terang dalam tulisan saya itu jika
berikan ISA pada Najib pun tidak akan berkesan.
Maka itu bukan
ISA yang perlu dikembalikan tetapi Mahathir yang perlu dikuatkuaskan
semula tetapi bukan dengan mengambilaleh jawatan Najib.
Pada pandangan
saya disebalik kelemahannya, Najib mempunyai kekuatan tersendiri
terutama dalam mempastikan penerusan pegangan kepada nilai tradisi
pemerentahan yang diwarisi sejak Perikatan.
Najib dapat
mengawal emosinya, bertoleransi,bertolak ansur,bermaafan dan
berdeplomasi dalam menghadapi berbagai tekanan sekalipun dalam keadaan
yang runcing dan amat mencabar.
Pegangan kuat
kepada tradisi politik ini yang menjadi pertahanan kebal kepada
negara dalam menghadapi berbagai provokasi dari masa ke masa.
Jika BN
pimpinan Najib bertindak mengikut emosi rakyat maka tentunya kita sudah
lama melihat Malaysia dicerobohi oleh anasir asing seperti yang berlaku
di Syria, Iraq dan sebelumnya di Indonesia yang menjatuhkan Soeharto.
(sekarang rakyat Indonesia mengenang kemakmuran dizaman Soeharto).
Inilah juga
yang diharapkan oleh anasir-anasir subersif dalam negara kita yang
dulunya adalah komunis tetapi sekarang menjadi anjing kepada kuasa
imperialis Global.
Bagaimanapun
kekuatan Najib lebih banyak dilindungi oleh kekalahannya dalam masalah
peribadi yang terang lagi bersuluh kepada umum walaupun cuba
dilindunginya disamping pendekatan pendekatan populisnya yang bersifat
elitis yang tidak menjijak hati rakyat sebaliknya lebih menjadi bahan
ketawa rakyat.
Untuk mengatakan beliau tidak berhati perut Melayu adalah tidak benar sama sekali.
Jika demikian
masakan terloncat dari mulutnya perkataan Tsunami Cina bila orang Cina
menolak BN dan juga apabila ditanya oleh wartawan wartawan akhbar Cina
berkali-kali mengenai berita Utusan Malaysia “ Apa lagi Cina mahu?.”
Najib sambil mengawal perasaannya menjawab :
Bagaimana pula dengan akhbar akhbar Cina? yang menyebabkan wartawan wartawan Melayu bertepuk dalam suatu sidang akhbar.
Malangnya pendekatan kebangsawanannya untuk menjijaki hati rakyat tidak menampakan ketulenan dan keperibadian semula jadi.
Umpamanya
apabila beliau mengujungi gerai makan atau café dalam musim pilihan raya
untuk dijadikan berita bergambar di akhbar dan lain-lain media
perdana.
Bila ini
menjadi berita maka menunjukan hal itu “luar biasa” tetapi bagi rakyat
itu adalah kehidupan harian mereka. Menjadikannya "Luar Biasa" menerusi
stage manage mendedahkan selama ini beliau tidak pernah bersama rakyat
di kedai kopi.
Ucapan
penceramah popular yang tidak jadi masuk Umno, Mohammad Kazim Elias
bahawa “Sepatutnya dalam hal yang melibatkan keselamatan agama dan
ketenteraman awam,kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa
terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok pada negara”
sebenarnya suatu kecaman tepat dan pedas terhadap Najib yang menepati
apa yang tersimpan di hati majoriti rakyat.
Tentunya orang
lebih percaya kepada Kazim dari Najib kerana sudah terlalu banyak bukti
Najib bergerak macam kura kura terutama dalam pekara yang berkaitan
dengan Mahkamah.
Apakah kerana
hendak menunjukan kebebasan Mahkamah maka kerajaan tidak mahu
campurtangan mempercepatkan keputusan dalam pekara yang panas dan
runcing.
Siapakah yang percaya kepada kebebasan mahkamah?
Adakah Najib masih percaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan dengan menunjukan kebebasan Mahkamah?
Dalam kes Anwar
Ibrahim pun,rakyat dari kedua pihak yang bertentangan telah hilang
keyakinan terhadap kredebiliti Institusi Keadilan dan Kehakiman negara
ini.
Najib terlalu
elitis untuk memahami perasaan rakyat dan terlalu banyak teragak agak
dalam membuat keputusan yang menyerlahkan sikap
indecisive.
Najib lebih terkenal dengan keupayaan menanguhkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.
Maka itu saya
rasa Najib memerlukan bantuan dan sokongan moral dari orang seperti
Tun Dr.Mahathir yang mempunyai aura yang sangat besar sehingga
mendengar cadangan namanya untuk dikembalikan ke dalam pemerentahan
sudah menggeletarkan Kit Siang and The Gang.
Saya tidak
fikir Mahathir gila kuasa atau beliau mahu kuasa Perdana Menteri
sekiranya beliau diberikan kedudukan dalam kerajaan tetapi beliau mahu
mengembalikan kuasa Umno.
Beliau mempunyai keyakinan bahawa Umno menerusi kepimpinan yang ada sekarang masih boleh dipulehkan kekuatannya.
Secara ikhlas saya tidak nampak seorang pun yang dapat menandingi kewibawaan Najib pada masa ini.
Beliau mesti disokong dan diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berani mengambil risiko.
Mahathir boleh membantunya dalam hal ini.
Jika dengan
bantuan Mahathir kekuatan Najib dan BN dapat dipulihkan maka apakah
salah untuk Najib meneruskan kepimpinan hingga lepas Pilihan Raya Umum
akan datang.
Dipetik daripada blog Zainuddin Maiden.
Posted by
mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.