..untuk
semua agamawan di negara mana pun mereka berada patut ditanya: apakah
ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan?
Sementara
golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak
terkena mereka? rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat
pemerintah?!
Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan
Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata..kedamaian negara terletak di
tangan pemerintah bukan hanya di tangan rakyat..
..ada
agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara
aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk
bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks
yang tersendiri.
Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh
pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah
rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang
tetapkan oleh negara?
..kita
boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah
patut untuk dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan
selekeh sedemikian rupa?
..menghalalkan
darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat
besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah
merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.