STANDARD PRESIDEN ISMA!!! Malu jadi ahli Isma mempunyai Presiden yang tidak matang
Inilah standard Presiden ISMA
Tidak matangnya, seorang Presiden sebuah Ngo Melayu Sepakat Islam Berdaulat
Jika Benz Ali ini salah , perbetulkan manusia ini
Kenapa , nak kaitkan dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ?
Baca kenyataan di bawah dari seorang pemimpin yang matang
KENYATAAN MEDIA:
Apakah aqidah umat Islam sebegitu rapuh?
Tindakan pegawai JAIS menyerbu Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) dan
merampas naskah Bible versi Bahasa Melayu tentu akan mengundang
pelbagai reaksi dari masyarakat Muslim dan Kristian di negara ini.
Tindakan ini tentunya telah dijangka oleh JAIS sebelum tindakan itu dilakukan.
Serangan pelbagai pihak kepada para pegawai JAIS tidak dapat dielak,
dan yang terkena ialah pelaksana keputusan tetapi tidak pada mereka yang
membuat keputusan.
Ternyata ia sangat tidak adil bagi pegawai
JAIS yang hanya melaksana keputusan yang telah diputuskan dan mereka
yang membuat keputusan terus ghaib daripada kontroversi yang
ditimbulkan, bahkah kerajaan Selangor sendiri pun tidak tahu mengenai
serbuan tersebut sehingga dimaklumkan.
Kebimbangan pemerintah
bagi mengawal umat Islam dari gejala murtad harus dipuji dan diberi
penghargaan. Bahkan, memang ia adalah sebahagian tanggungjawab
pemerintahan dalam Islam iaitu memelihara aqidah umat Islam.
Isu utama ialah larangan yang dikenakan kepada bukan Muslim untuk
menggunakan beberapa istilah yang terpakai bagi orang Islam seperti
kalimah Allah, Insya Allah, Masya Allah, zikir, sembahyang dan
sebagainya lainnya.
Beberapa kalimah ini menjadi hak milik
bagi orang Islam sahaja. Memang aneh dan pelik bahkan mungkin Malaysia
satu-satunya negara yang melaksanakan peraturan tersebut.
Kenapa ianya dilarang kepada bukan Muslim untuk menggunakan kalimah tersebut?
Jawapannya kerana dikhuatiri ia akan menimbulkan salah faham,
kekeliruan dan akhirnya boleh menyebabkan penganut Islam negara ini
terpengaruh dan akhirnya keluar dari Islam dan menganut agama lain,
kerana menganggap sama sahaja agama-agama yang lain kerana penggunaan
istilah-istilah tersebut.
Namun persoalan utama apakah aqidah
umat Islam di negara ini begitu rapuh, sehingga kerana beberapa istilah
tersebut boleh membawa kepada murtad?
Jika benar, maka kerajaan
mesti memperkukuhkan aqidah umat Islam dan BUKANNNYA dengan menyekat
penggunaan istilah Islam di kalangan bukan Islam.
Adalah
mustahil kerajaan dapat mengawal penggunaan istilah-istilah tersebut,
terutama dalam perkembangan media baru yang pelbagai variasi. Sesiapa
boleh sahaja menulis, menyebar dan menyalur maklumat dakyah mereka.
Persoalan yang lebih utama ialah apakah usaha kerajaan untuk
memperkasakan aqidah umat Islam. Kenapa matapelajaran aqidah Islam tidak
diwajibkan dalam seluruh sistem pendidikan Islam dari tadika sehingga
universiti?
Mengapa mata pelajaran lain dilihat lebih penting
dari aqidah umat sehingga menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan
utama tetapi tidak matapelajaran Islam?
Berapa jam
diperuntukkan masa untuk pendidikan aqidah? Berapa banyak pula masjid
yang berfungsi dengan baik dengan pengajaran aqidah di kalangan para
jamaah?
Lebih hairan kalimah tersebut bahkan terjemahan Bible
dengan menggunakan kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Serawak, tetapi
tidak dibenarkan di Semenanjung.
Kalau isu Allah ialah isu
aqidah, ia sepatutnya selaras kesemua negeri, bukan terpilih ada yang
dibenar dan ada negeri yang dilarang. Oleh itu, isu Allah ini lebih
bersifat politik dari memperkasakan aqidah.
Jika betul isunya
berkaitan dengan aqidah, apakah kerajaan hanya jaga Islam di
Semenanjung, dan berapa ramai umat Islam Sabah dan Serawak yang murtad
kerana isu ini?
Dalam suasana tekanan ekonomi rakyat dan
bebanan yang dihadapi, tidak hairan kalau ada pihak yang menganggap
tindakan ini sebagai suatu escapism dari isu sebenar.
Tindakan mengalih satu isu kepada isu lain adalah strategk biasa di
kebanyakan negara yang pemerintah gagal mengemukakan penyelesaian isu
rakyat, lalu dicipta isu lain bagi mengalih perhatian dari isu sebenar.
Semua pihak diminta lebih cermat menangani isu isu sensitif yang boleh
mengundang kegawatan dalam negara. Kita sedar isu agama, perkauman, isu
bahasa antara beberapa isu sensitif yang perlu ditangani dengan penuh
hemah dan cermat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
3 Januari 2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.