Followers

Wednesday, January 29, 2014

PKR berhutang penjelasan kepada rakyat !!


Photo: Wednesday, 29 January 2014.

PKR berhutang penjelasan kepada rakyat  !!

Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga menegaskan bahwa PKR berhutang penjelasan kepada rakyat mengenai tindakan parti itu mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Sambil menegaskan bahawa PKR kelihatan seperti sedang cuba menyelesaikan krisis dalaman kepimpinannya melalui tindakan tersebut, Ambiga berkata beliau menunggu penjelasan tersebut bersama satu alasan yang kuat.

"Saya rasa mereka berhutang penjelasan tersebut, saya
mahukannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang (kiri) malam tadi.

Beliau juga ditanya mengenai sama ada PKR membazir wang rakyat dan masa dengan mewujudkan pilihan raya kecil tersebut.

"Sudah tentu... kerana belum sampai setahun selepas (pilihan raya umum ke-13), wang perlu dibelanjakan kerana pilihan raya kecil ini. Itulah sebabnya rakyat tidak gembira mengenainya, mereka tidak memahaminya," tambahnya.

ADUN PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatansebagai wakil rakyat Kajang dua hari lepas. Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi tersebut.

Bagaimanapun , Anwar menafikan beliau akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar sekiranya menang , dengan mendakwa pilihan raya kecil itu akan membantu parti itu "mengoptimakan prestasi kami di negeri tersebut".

Posted by Jeebond BLM Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga menegaskan bahwa PKR berhutang penjelasan kepada rakyat mengenai tindakan parti itu mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Sambil menegaskan bahawa PKR kelihatan seperti sedang cuba menyelesaikan krisis dalaman kepimpinannya melalui tindakan tersebut, Ambiga berkata beliau menunggu penjelasan tersebut bersama satu alasan yang kuat.

"Saya rasa mereka berhutang penjelasan tersebut, saya
mahukannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang (kiri) malam tadi.

Beliau juga ditanya mengenai sama ada PKR membazir wang rakyat dan masa dengan mewujudkan pilihan raya kecil tersebut.

"Sudah tentu... kerana belum sampai setahun selepas (pilihan raya umum ke-13), wang perlu dibelanjakan kerana pilihan raya kecil ini. Itulah sebabnya rakyat tidak gembira mengenainya, mereka tidak memahaminya," tambahnya.

ADUN PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatansebagai wakil rakyat Kajang dua hari lepas. Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi tersebut.

Bagaimanapun , Anwar menafikan beliau akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar sekiranya menang , dengan mendakwa pilihan raya kecil itu akan membantu parti itu "mengoptimakan prestasi kami di negeri tersebut".

Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.