Followers
Thursday, January 23, 2014
Penjara: Kedudukan Tian Chua terjejas oleh PenjagaKubur
"SHAH ALAM – Kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bakal terjejas setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), dua tahun lalu.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya menunggu laporan penuh daripada Naib Presiden PKR itu, hari ini.
“Kalau dipenjara, ia dakwaan jenayah. Sudah tentu memberi kesan kepada kedudukan Tian sebagai ahli Parlimen.
“Tian akan diminta memberi laporan penuh dan hari ini mesyuarat saya dengan Datuk Seri Anwar, saya akan kemukakan isu ini dan mengatur tindakan yang seterusnya.,” katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.
Saifuddin berpendapat perlakuan Tian Chua di Pulapol itu merupakan tabiat Tian Chua yang melawat dan memberikan sokongan kepada peserta himpunan yang ditangkap.
“Sudah tentu (terkejut dengan keputusan)...Sebagai ahli Parlimen, dia berdepan dengan rakyat...peserta himpunan yang ditangkap.
“Maka sudah menjadi sifat atau tabiat beliau. Beliau akan berada di Pulapol untuk memberikan sokongan moral untuk membantu mereka. Rupanya berada di tempat seperti itu menjadi satu kesalahan,” katanya.
Hari ini, Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian
Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang
mewakilinya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.
Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A.Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.