Followers

Friday, January 17, 2014

Peniaga Taman Beringin Kepong desak DBKL henti roboh gerai

GERAI ORANG MELAYU DIROBOH! PUSAT MAKSIAT HARAM DAN JUDI CYBER DI KUALA LUMPUR DBKL TAK MAMPU PULA ROBOH! HIDUP MELAYU! HIDUP UMNO!
 
KUALA LUMPUR 9 JAN: Peniaga di kawasan flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin, Kepong mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghentikan tindakan merobohkan gerai di kawasan tersebut. 
 
Semalam, 43 peniaga diberikan notis perobohan gerai oleh DBKL atas alasan premis tidak mempunyai permit perniagaan.

"Kami sudah memohon lesen dengan DBKL, dan permit sementara sudah diberikan. Ada yang mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia, membuat pinjaman Tekun dan sebagainya."Terbaru (DBKL) kata gerai kami di atas tanah milik Jabatan Milik Jabatan Pengairan dan Saliran.

Jadi, DBKL tiada sebab untuk merobohkan gerai-gerai disini," kata wakil peniaga Zul Yusof."Kami telah membuat pinjaman perniagaan dalam jumlah yang besar. 
 
Jika gerai kami dirobohkan bagaimana hendak membayar balik pinjaman?"Mengapa tidak bertindak kepada peniaga-peniaga warga asing di luar sana? soalnya.

Sementara itu, tindakan DBKL itu berjaya ditangguhkan selepas campur tangan ahli parlimen Batu, Tian Chua."Sebagai ahli parlimen, tanggungjawab saya bertindak menghalang perobohan tersebut," katanya.
 
Menurut Tian, beliau baru dimaklumkan bahawa peniaga di kawasan tersebut dikatakan 'bergantung' kepada Umno bahagian Batu.

"Saya terkejut kerana baru mendapat tahu hal ini dua hari sebelum gerai-gerai mereka bakal dirobohkan."Sudah lama isu ini berlaku. 
 
Dalam tempoh enam bulan saya tidak tahu mengenai hal ini kerana sebelum ini mereka berhubung dengan Umno," katanya.
 
Justeru, beliau bertindak segera berbincang dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Logabala Mohan bagi menangguhkan perobohan dalam tempoh dua minggu. [KD]
 

Admin :

ini lah yang terjadi di Kuala Lumpur.. orang melayu mahu berniaga kecil kecilan pun tidak diberi semangat.. malah dirobohkan pula kedai mereka. 
 
Mana pejuang umno Dan perkasa?

Kata pertahan orang melayu.. pejuang bangsa melayu.. kesian orang melayu terus dijadikan alat oleh pemerintah untuk menaikan kemarahan mereka dengan isu2 sensitif demi kepentingan politik umno.. sepatutnya isu2 seperti ini perlu diambil perhatian oleh pejuang2 yang mengaku pertahan bangsa.

Kalau terjadi di selangor mahupun di pulau pinang, 24jam media umno akan laporkan. Dan ramai pemimpin umno dan NGO balaci akan buat sidang media. 
 
Tapi bila terjadi dibawah seliaan kerajaan umno, maka senyap sunyi.

Sebab itu admin labelkan perkasa dan NGO2 mesra umno sebagai anjing kepala hitam.. bila ditarik tali pada lehernya baru terjelir lidahnya.. kalau tidak, dia akan tidur makan berak dan kencing..


-AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.