Pemuda Umno negeri itu mengutuk
sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang
mempermainkan Najib dengan kangkung.
Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun
Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke
mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.
"Ia biadap dan kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pergerakan
Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti
mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar,
mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk
mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.
"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi
melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan
dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.
Manjadda Wajada.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.