Qalsom Bee
Bukan sebahagian daripada pakaian seragam sekolah – Hakim
RAYUAN ditolak... (Dari kiri) Mior Atiqulrahman Ishak, Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari dan adiknya Syed Ahmad Syakur hadir di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya semalam bagi mendengar keputusan rayuan mereka berhubung kes memakai serban ke sekolah. -
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED.
PUTRAJAYA.
Islam bukan hanya setakat serban dan janggut, demikian menurut
Mahkamah Persekutuan ketika menolak rayuan tiga pelajar Sekolah
Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan yang dibuang sekolah
sembilan tahun lepas kerana enggan menanggalkan serban mereka.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad sebulat suara dalam keputusan mereka bahawa bukan semua amalan atau cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengikat umat Islam dari segi undang-undang atau agama, malah ada yang bukannya menjadi pilihan dan untuk diikuti.
Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed berkata, bahawa daripada pandangan Islam, amalan memakai serban bukannya satu perkara besar, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bawah umur.‘‘Daripada apa yang saya dapat pastikan, al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban.
Saya tahu bahawa Rasulullah memakai serban.
Tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.
‘‘Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang?
Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda?” kata Abdul Hamid dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kamaruddin Kamsun.
‘‘Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam.
Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut.
Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut.
Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian,” kata Abdul Hamid.Katanya, serban bukan hanya dipakai oleh orang Arab.
Orang lain yang tinggal di padang pasir seperti kaum Afghan dan Parsi juga memakai serban, katanya.‘‘Malah, sesiapa sahaja yang pergi ke Mekah akan dapati bahawa sehelai kain, biar atas nama apa sekalipun untuk menutup kepala dan muka daripada panas matahari, cuaca kering dan debu, amat berguna
.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2qYZKJMz2© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.