Followers
Monday, January 6, 2014
Najib Sudah Hilang Segala-Galanya,.............Ubahlah !
Isu ‘Allah’ tidak reda-reda. Tidak usah kita sebut tentang undng-undang. Kita bercakap tentang moral kita yang bergama dan bertuhan.
Kalau kita bercakap diatas dasar undang-undang dan keputusan mahkamah, orang yang membunuh manusia lain pun boleh terlepas dengan berbagai-bagai cara.
Undang-undang boleh melepaskan pesalah rasuah dan perogol dan sebagainya.
Ini isu agama yang berkaitan dengan penganut berbagai agama yang sedang berkelahi tentang isu sensitif ini. Perkelahian ini berlaku adalah kerana politik.
Tuduhan saya ini adalah tuduhan yang benar dan jika ada yang mengatakan ia tidak benar katalah sekehendak hati. UMNO Selangor cuba untuk berdemonstrasi.
Puas saya menkaji dan bertanya kepada alim ulamak muktabar, tidak ada siapa dinatar mereka yang faham tentang Islam bersetuju ini adalah Islam sebenarnya.
Kalau boleh dikalanagn UMNO Selangor boleh memberitahu kita yang apa yang mereka lakukan adalah tuntutan agama kita.
Setakat ini semuanya bersetuju apa yang diniatkan oleh UMNO Selangor itu amat bertentangan dengan Islam sendiri yang mengutamakan keharmonian hidup semua umat Tuhan ini.
Dalam isu ini tetapi mendapat reaksi negatif dari orang Melayu beragama Islam yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya.
Hanya dinegara ini sahaja isu ini hidup kerana isu seperti ini hidup adalah di sebabkan kelemahan pimpinan yang menonjol sekarang ini.
Tiada siapa dikalangan pimpinan dalam kabinet negara yang telah keluar untuk membuat keputusan yang muktamad dalam hal ini.
PM Najib mungkin sedang sibuk untuk pergi merata-rata didunia ini untuk melihat matahari naik untuk tahun baru ini, dan mungkin beliau tidak dapat melapangkan masa untuk menyelesaikan isu hangat dan sensitif ini.
Beliau pun telah begitu penat berucap dibanyak tempat maka sememangnyalah beliau merasakan terpaksa keluar negara dan melihat matahari tahun baru naik ditempat-tempat lain.
Saya tidak tahu hal ini dan tidak pula siapa memberitahu saya yang matahari tahun baru itu lain rupa dan keadaannya di tempat lain.
Bagi saya matahari dimana-mana pun serupa sahaja keadaannya keranan matahari yang naik dinegara ini adalah matahari yang sama dan matahari itu naik dari timur dan turun ditimur.
Saya pun jika ada rezki pada tahun hadapan saya juga nak lihat apa bezanya matahari dinegara ini naik dengan matahari naik dinegara lain.
Tetapi saya tidak dapatlah hendak sampai ke Australia atau Amerika untuk melihatnya.
Paling jauh mingkin sya mampu untuk melihat bagaimana matahari tahun baru naik di Golok atau hadyaai sahaja.
Saya tidak tahu pulak bagaimana hendak meminta kabinet kerajaan untuk membenarkan saya menggunakan jet eksekutif mewah tetapi cukuplah dengan kemudahan keretapi tambang murah yang diberikan kepada warga emas ke golok atau kehaadyai itu.
Dalam isu kalimah Allah yang menjadi isu perkelahian pada hari ini terbitnya tidak lain dan tidak bukan kerana ‘vacuum’ yang besar dan meluas dikalangan kepimpinan negara.
Jika kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan dihormati isu ini tidak akan pernah timbul seperti yag kita semua alami sebelum ini.
Isu ini hanya timbul apabila politik negara begitu lemah dan tidak ada tanda-tanda yang Perdana Menteri sendiri boleh meyelesaikannya.
PM Najib seolah-olah tidak memahami atau mengakui yang isu ini adalah lebih besar dari isu ekonomi dan isu-isu lain jika jika benar-benar hendak melihat kita mendiami negara yang maju dan ternama.
Isu ini jika tidak dapat diselesaikan ia boleh membawa kehancurn kepada fabrik politik negara kita yang kita sayangi ini.
Tetapi pimpinan kita tidak membuat apa-apa untuk menyelesaikannya mungkin kerana tidak nampak jalan untuk penyelesaiannya.
Tetapi yang pastinya ia adalah kerana kelemahan dan ketidak adanya maya kepada barisan kepimpinan kerajaan hari ini.
Muhyidin minggu lepas telah memberitahu ramai yang niat untuk berdemonstrasi itu adalah ‘prerogative’ mereka dari UMNO Selangor itu.
Jawapan dari seorang pemimpin dombor dua tertinggi parti dan negara itu amat memalukan dan bagaimana beliau hendak menjadi pemipin ‘alternative’ kepada Najib yang sedang dilambong kehidupan ‘glamour’ itu?
Jawapan Muhyidin itu membenarkan pandangan banyak pihak yang beliau bukannya pentelesaian terhadap kepimpinan negara kita........
IdaMan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.