KUALA LUMPUR - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah
mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit supaya mendedahkan dokumen mengikut
kronologi yang berkaitan isu Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Dalam satu kenyataan hari ini Khalid berkata, dokumen sulit seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.
"Dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.
"Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab dimana rakyat berhak diberitahu kedudukan sebenar tentang sesuatu isu," katanya. - Harakahdaily
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.