Lawan Corruptions
Ketika rakyat bergelut dengan bermacam-macam masalah dan
kesulitan, di samping isu demi isu yang muncul serta menjadi perdebatan
ramai, seorang Perdana Menteri yang seharusnya memainkan peranan
meredakan keadaan dan menunjuk jalan penyelesaian lebih banyak membisu
dan menghilangkan diri daripada memainkan peranan yang sewajarnya.
Ketika rakyat bising dengan kenaikan harga barang dan melakukan demonstrasi bantahan mengenainya, Najib yang menjadi Perdana Menteri lebih selesa menghabiskan masanya bercuti bersama keluarga.

Sehingga
kini ke mana percutian hujung tahun Najib, sama ada ke Sydney, Los
Angelas atau hujung dunia yang lain, masih lagi menjadi misteri.
Tapi yang pastinya, ketika rakyat bising, merungut dan digelar bughah, beliau sedang bersenang-lenang di luar negara.
Ketika isu kalimah Allah muncul kembali dan menghangatkan pertikaman antara Islam dan Kristian, walaupun beliau ada di dalam negara tetapi keberadaannya tidak memberi erti.

Sudah berminggu-minggu isu ini menjadi
perdebatan, apa pendirian Najib sebagai Perdana Menteri langsung tidak
diketahui.
Beliau bukan saja tidak mahu menyatakan pendiriannya, malah tidak mahu bercakap dengan media mengenainya.

Begitu
juga, walaupun beliau turut mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet
ketika isu kalimah Allah ini sedang hangat diperkatakan, kita juga tidak
tahu sama ada ia dibincangkan atau tidak.
Yang kita tahu, sehingga ini
Najib masih membisu mengenai isu Allah ini sedangkan sebahagian punca
timbulnya masalah ini adalah daripada tindakannya menyetujuinya formula
10 perkara dengan penganut agama Kristian pada 2010 dahulu.
Begitu juga, ketika harga barang naik, kos sara hidup meningkat dan rakyat dipaksa mengikat perut, apa yang kita dengar perbelanjaan kerajaan untuk menampung kehidupan keluarga Perdana Menteri terus bertambah, termasuk bertambahnya jet mewah yang disewa.
Hutang negara yang semakin membesar dan hampir mencecah tahap 55 peratus iaitu kategori yang boleh dianggap muflis, ia langsung tidak menzahirkan perubahan kepada gaya hidup, gaya perbelanjaan dan langkah berjimat cermat Perdana Menteri dan kerajaan.
Dalam analogi yang mudah, Perdana Menteri adalah umpama nakhoda bagi sebuah kapal.

Dalam
pelayarannya kapal itu, nakhoda inilah yang semestinya memainkan peranan
untuk memastikan perjalanan sentiasa selamat, cukup bekalan makanan,
anak-anak kapal terpelihara, tiada kemalangan atau kecederaan apabila
ribut dan badai melanda serta menentukan pelbagai perkara lagi.
Yang
penting, nakhoda mesti tahu peranannya dan sentiasa berperanan ketika
saat-saat genting.
Tidak dikatakan nakhoda yang baik apabila seseorang nakhoda itu tidak memainkan peranan sepanjang pelayaran sehingga kapal sering terumbang-ambing, dimasuki air dah tidak tentu hala tujunya.
Dalam kedudukan Najib yang sering tidak berperanan, membisu dan mendiam diri terhadap berbagai isu yang muncul sedangkan beliau sebagai nakhoda begitu dituntut peranannya, beliau kini tidak ubah seperi nakhoda yang gagal dan tidak berguna.

Tindakannya
yang tidak mahu bersuara atau takut bersuara di ketika rakyat dibebankan
dengan banyak permasalahan menjadikan beliau semakin tidak berperanan
di mata rakyat.
Negara seolah-olah tiada Perdana Menteri ketika isu kalimah Allah ini hangat diperkatakan. Ia seperti dibiarkan begitu saja tanpa sebarang kawalan dan panduan. Semua orang boleh bercakap, menuduh, mengkritik, menghentam dan melemparkan tuduhan kepada sesiapa saja.
Amatlah malang dalam keadaan yang boleh mencetuskan perbalahan bila-bila masa ini, Mahathir terpaksa bersuara dan mengajar Najib seperti menyarankan supaya kerajaan berjimat cermat dan mengurangkan kos serta meminta pihak swasta menyuarakan kebimbangan dalam isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan mengembalikan ISA dalam menangani kemelut isu kalimah Allah yang kian memuncak sekarang ini.
Ini nyata berbeza ketika era Mahathir dulu. Semua perkara dalam kawalannya dan semua isu yang berbangkit akan mendapat perhatian daripadanya.

Tidak pernah, walau sekecil mana sesuatu isu itu yang tidak
mendapat perhatian daripadanya.
Begitu juga ketika zaman Pak Lah,
walaupun beliau dituduh lemah dan tidak sepantas Mahathir tetapi dalam
semua isu yang berlaku, suaranya tetap kedengaran.
Apabila seorang Perdana Menteri bersuara dan memberi kenyataan dalam sesuatu isu, sekurang-kurangnya petunjuk kepada jalan penyelesaian dapat dilihat.

Berbanding sekarang, dalam isu kalimah Allah misalnya, oleh
kerana Najib memilih untuk berdiam diri dan membisu, ke arah mana
penyelesaiannya masih lagi menjadi kabur dan tidak ketahuan.
Semua orang
seperti dibiarkan menyalakan api dan mencurahkan minyak.
Dalam hal ini, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri atau nakhoda kepada sebuah kapal, hampir tidak ada.

Oleh kerana peranan Perdana Menteri
lebih terlihat dalam aspek perbelanjaan mewah dan pemborosan sahaja,
kelakuannya tidak ubah seperti nakhoda yang asyik tidur ketika kapal
sedang belayar tetapi hanya muncul ketika waktu makan sahaja.
Sungguh
jelek nakhoda seperti itu.
Di mata rakyat, itulah kedudukan Najib sekarang. Ada atau tiada beliau, hampir tiada bezanya. Kedudukan Perdana Menteri sebagai nakhoda, penunjuk jalan dan pembimbing dalam meredakan keadaan apabila berlaku krisis, nampaknya sudah tidak berfungsi lagi.

Malah dalam banyak keadaan, kedudukan Najib sebagai
Perdana Menteri lebih merupakan beban dan masalah kepada rakyat.
Sudah ramai yang menyoal, apa gunanya seorang Perdana Menteri kepada kita sekarang ini?
Selagi Najib atau yang sefesyen dengannya menjadi nakhoda negara ini, jawatan Perdana Menteri bukan saja tidak memberi manfaat kepada rakyat, malah lebih dianggap beban yang hanya meningkatkan kos saraan semata-mata. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.