Anwar Ibrahim Kecam Harussani!!!
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) baru-baru ini sebagai "bughah" dan halal darah mereka.
Anwar mempersoalkan pendirian Mufti Perak itu ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya.“Ini tidak adil.
Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily di program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.

Anwar berkata,
Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah
kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka
sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti, tapi kena ingat bahawa ia keterlaluan.“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, dan Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu.

Memang bahaya,” katanya
sebagaimana dilaporkan oleh Selangorkini.Katanya, kenyataan itu akan
mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam.
“Hendak jatuhkan hukum itu, dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama, bincang baik-baik terutama dalam isu bughah ini.

“Kita
patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini
menyebabkan kekeliruan di kalangan umat dan kebencian bagi bukan Islam,”
katanya.Walaupun dikecam oleh pelbagai pihak, Harussani mempertahankan
kenyataannya itu.
Turut menyokong kenyataan beliau adalah Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin.Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat tetapi nama “guling kerajaan” ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Turun.
“Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan bom buatan sendiri.

“Saya kaitkan
dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud: Dan
jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di
antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka
lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah
Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan
adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti dilapor akhbar Sinar
Harian hari ini.
Sementara itu, Zamihan berkata, pandangan yang dikeluarkan oleh Harussani berhubung peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu tidak dihuraikan dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai andaian.

Katanya, Harussani membuat kenyataan tersebut selepas
membuat pertimbangan terhadap beberapa aspek dan perlu dianggap sebagai
peringatan supaya tidak terlalu ghairah mencari perubahan yang mana
akhirnya hanya akan mengundang mudarat. [TMI]
SEBELUM NAK KELUARKAN HUKUM, PERLU MENGAMBIL PENJELASAN KEDUA BELAH PIHAK! INI LAH AKIBATNYA BILA TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PROPAGANDA MEDIA REGIM UMNO SEHINGGA TIDAK BOLEH MELIHAT ISU YANG SEBENAR!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.