KUALA LUMPUR:
Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali
sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi kes tuntutan saman
terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara
Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan aktor tersebut di
kepala.
Hakim
Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun
menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang
harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta
dalam saman berkenaan sebelum ini.
Dalam pada
itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan
maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan
elektronik.
Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan.
Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad.
Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.
Pada Jun
2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed
menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar
membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas
sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.
Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.
Selain
menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut
dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan
e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi
menjelaskan keadaan tersebut.
Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.
Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.