Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail
29 Januari 2014
Mengekalkan Kemenangan di Kajang
Wanita Parti Keadilan Selangor akan memberikan sepenuh sokongan dan mobilisasi jentera pilihan rayanya bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil di N25 Kajang nanti.
Pergolakan politik sentiasa menjadi cabaran dan lumrah untuk diatasi oleh para ahli politik. Yang penting ialah memastikan bahawa kita tidak dikalahkan oleh sebarang unsur yang ingin menggagalkan agenda reformasi.
Parti Keadilan Rakyat adalah parti termuda di kalangan Pakatan Rakyat. Setiap yang menginginkan yang terbaik akan melalui beberapa proses dan cabaran. Pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mendokong dan menginginkan reformasi itu menjadi kenyataan akan meneruskan usaha yang diperlukan bagi merealisasikannya.
Lumrah juga dalam arena politik bahawa lawan akan menggunakan apa saja untuk memusnahkan apa yang ada di dalam genggaman kita. Tidak kurang juga mereka yang menangguk di air keruh, sering mengambil kesempatan dalam setiap krisis dan kekurangan.
Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor menyeru anggota parti dan rakyat fokus hanya terhadap meraih kemenangan bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 Kajang.
Reformasi!
Membujur lalu, melintang patah.
Rodziah Ismail
Merangkap
Timbalan Ketua Wanita Pusat
Parti Keadilan Rakyat
dan ADUN Batu Tiga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.