Followers

Thursday, January 30, 2014

JOM BACA!! APA SEBENARANYA BERLAKU DI SELANGOR?? - Oleh:Zul Mohamed


KASIH KHALID , SAYANG SELANGOR, PERLU ANWAR.

Tidak ramai tahu sebab sebenar bekas TKM1 Pulau Pinang Fairus Khairuddin dipaksa letak jawatan oleh PKR. 


Hanya segelintir pimpinan yang mengetahui kebobrokan dalam kelambu Fairus, termasuk saya dan tujuh orang bekas pegawainya yang meletak jawatan atau dipecat dalam tempoh setahun.

Ketika pilihanraya kecil Penanti, PKR menghadapi masalah menjelaskan sebab sebenar kepada rakyat. Ini kerana PKR perlu menjaga imej parti dan Fairus. 


Akibatnya, ramai yang salah faham dan menganggap Fairus dizalimi. Sehingga tersebar tohmahan, kononnya ada konspirasi terdapat pemimpin PKR mengidam jawatan TKM1.

Tapi Tuhan maha adil, yang benar tetap benar apabila Fairus akhirnya membuka pekungnya dengan memilih Najib. Dia menolak Anwar,TG Hadi dan TG Nik Aziz, demi menyelamatkan dirinya diheret ke mahkamah.

KEMELUT SELANGOR



PKR kini berdepan dilema yang hampir sama di Selangor. Kemelut PKR ( baca PR ) dalam pentadbiran Selangor ada persamaannya dengan isu Fairus. 

Walaupun ‘attitude’ Khalid dan Fairus umpama langit dengan bumi, Khalid jauh lebih berkualiti, tidak korup, lebih bersih, namun daripada beberapa sudut ia ada persamaannya – Khalid degil, membelakangi keputusan parti.

Politik dan pentadbiran perlu seiring. Pentadbiran mesti berpandu dasar parti dan konsensus PR. Khalid adalah pemimpin PKR mewakili PR. 


Mahu atau tidak Khalid terikat dengan keputusan parti, selagi mana ia tidak bercanggah dengan undang-undang kerajaan negeri.

Apabila Khalid membelakangi keputusan parti, dan lebih mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri yang pro Umno, natijahnya bahaya bagi masa depan PR di Selangor. 


Apabila Selangor diketuai Khalid menaikkan bayaran lesen peniaga pasar malam, perobohan gerai peniaga, mengalah dalam isu Langat 2, kenaikan gaji ADUN/ Exco berlipat ganda, dan ini menyebabkan pimpinan PR bertelagah. 


Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan PR. Lebih utama Khalid membelakangkan kehendak rakyat Selangor.

ANASIR UMNO

Lebih parah beliau menolak cadangan perlantikan exco kerajaan negeri daripada PKR, dan terakhir bertanggungjawab "memecat" Timbalan Presiden PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan Khalid.

Sebelum itu beberapa pemimpin PKR antaranya YB Nik Nazmi, Zahir Hassan, Saifuddin Nasution telah ‘diusir’ daripada pusat pentadbiran Selangor. 


Mengapa Khalid bertindak begitu? Tangan ghaib siapakah yang mempengaruhi Khalid, adakah tangan itu berbau Umno yang masih mengcengkam pentadbiran Selangor ?

Ini ditambah dengan insiden Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kerap membelakangkan Exco Agama dan kerajaan negeri dalam beberapa tindakannya yang menimbulkan kontroversi. 


MAIS di bawah Sultan Selangor, dan menjadi rahsia umum Sultan dibayangi pro Umno.

Kita masih ingat bagaimana satu ketika Khalid pernah mengatakan beliau lebih mempercayai pegawai kerajaan berbanding pemimpin politik. 


Perlu diingat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu bekas Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi adalah pro Umno. 

Kita tidak yakin sejauh mana Khusrin bersikap professional, tidak bias kepada Umno, tidak berlaku sabotaj dalam pentadbiran Selangor. Jangan biarkan kesilapan di Kedah berulang di Selangor.

Tidak dinafikan, Khalid MB yang baik, tetapi beliau gagal membuang anasir dan kroni Umno dalam keputusan pentadbirannya. 


Apabila nasihat pimpinan parti berulangkali tidak diendah atau tidak dilaksanakannya, maka kroni Umno/BN akan bermaharajalela di Selangor.
 

Jelas, Khalid tiada kekuatan berdepan kroni Umno dalam pentadbirannya. 

Beliau memerlukan sokongan dan kekuatan tambahan, iaitu Anwar Ibrahim.

Kita kasih Khalid, kita sayang Selangor, kita perlu Anwar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.