Followers

Saturday, January 18, 2014

JAWATANKUASA KHAS KOS SARA HIDUP HANYA AGENDA COVER LINE

 
Idea penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani kos sara hidup adalah satu kepura-puraan yang nyata. Jika kerajaan ikhlas dan prihatin akan kesengsaraan rakyat, sepatutnya jawatankuasa itu ditubuhkan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menaikkan harga minyak dan tarif elektrik.

Dalam perkhidmatan kerajaan terdapat beratus-ratus pakar ekonomi yang arif akan kesan daripada kenaikan mana-mana sumber tenaga terhadap harga barangan pengguna.

Sumber tenaga adalah asas kepada kenaikan kos dalam semua bidang dalam menentukan harga suatu barangan pengguna.

Kos pembuatan dan pengangkutan adalah faktor utama kenaikan harga dari kilang suatu produk. Pemborong dan Peruncit juga terpaksa menaikkan harga barangan tersebut kepada kadar tertentu bagi menampung kos di premis perniagaan mereka akibat kenaikan tariff elektrik.

Senang cerita segala kenaikan harga barangan yang dihadapi rakyat Malaysia kini adalah berpunca dari kerajaan.

Jika harga kangkung turun sebanyak RM2.00/kg tidak sama dengan penurunan harga minyak sebanyak 20 sen seliter . Impaknya jelas berbeza. Kita bukan bicara tentang matematik darjah satu atau pra sekolah.

Cekai sangatkah pemikiran ahli ekonomi negara?

Sudah pasti tidak. Mereka secara rela atau tidak adalah para pendokong kenaikan harga ini demi menyelamatkan Malaysia daripada bankrap tanpa mengira apa berlaku kepada status hidup rakyat terutama yang berpendapatn rendah dan sederhana.

Walaupun hakikatnya mereka sedar, Malaysia bakal bankrap hanya kerana kebodohan peneraju kerajaan dalam mengawal penggunaan wang negara dan membenteras rasuah secara total. Mereka adalah punca tapi duit dari rakyat diperah untuk menyelesaikan maslah yang mereka buat.

Mereka adalah antara penjawat awam berpendapatan tinggi dalam Malaysia. Maka mereka tidak terbeban dengan apa yang berlaku hari ini.


Jauh sekali para menterI. Tatkala umno Tanjung Karang berdemo membantah kenaikan harga barang, Noh Omar bershopping di London. Apa ada hal. Dia ada gaji menteri, duit perniagaan peribadi (udang dll), duit itu dan ini. Jika setakat nak mewah makan dan pakai, tak habis duit dia. Cer suruh dia isytihar harta... wakaka

Sedikit sisipan dari sinar harian

“Bila tubuh jawatankuasa ini seperti kerajaan ini ahli bomba, bila ada kebakaran kita akan padam, dan perkara itu berulang-ulang tanpa ada penyelesaian yang baik.

“Apa guna kerajaan yang yang mempunyai begitu ramai menteri kabinet sehinggakan terpaksa menubuhkan jawatankuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, kaedah terbaik bagi menangani kenaikan harga barang bukan dengan tubuhnya jawatan kuasa, tetapi perlu bermula dengan kerjasama antara kementerian.

“Contohnya Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu bergandingan antara satu sama lain mencari kaedah terbaik mengurangkan bebanan kenaikan harga.

** GUA MINTAK SESANGAT AGAR PAKAR EKONOMI BERITAHU KAT MENTERI TENTANG PERMINTAAN DAN TAWARAN. BERI TAHU DIA PERMINTAAN BANYAK DAN BARANGAN JUGA BANYAK TIDAK AKAN MENAIKKAN HARGA SESUATU PRODUK.

**YANG MEMBUATKAN KENAIKAN HARGA IALAH PERMINTAAN BANYAK TETAPI BARANG ADA SIKIT ....BARU HARGA NAIK.

** BERITAHU  JUGA BAHAWA KICAP TAMIM ADA BANYAK TETAPI HARGA NAIK SEJAK MINYAK NAIK 20SEN.

Gendang Perang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.