Followers

Tuesday, January 21, 2014

Ibu bapa sanggup bayar kenaikan tambang bas sekolah, kata Hamid Albar OLEH DIYANA IBRAHIM

 
Kenaikan tambang tidak berlaku kalau bukan ibu bapa yang sanggup membayarnya, kata Hamid Albar. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Januari, 2014. Kenaikan tambang tidak berlaku kalau bukan ibu bapa yang sanggup membayarnya, kata Hamid Albar. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Januari, 2014. 



















Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.


Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September. – 21 Januari, 2014.

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.