Followers

Monday, January 6, 2014

Harussani Bertegas Pertahan Lawak Bodohnya....Posted by Jeebond BLM

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya yang menggelarkan peserta perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember lalu sebagai golongan yang halal dibunuh atau “bughah” dalam bahasa Arab.
Katanya, kenyataan itu berdasarkan berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan.

Harussani dalam satu wawancara disiarkan akhbar Sinar Harian berkata, kenyataan itu juga berdasarkan ayat al-Quran bahawa darah golongan itu halal kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan dan membahayakan orang lain.

“'Bughah' atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan.

“Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat al-Quran itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah.

“Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Apakah itu dikatakan aman?,” katanya dalam wawancara itu.

Beliau berkata, kenyataan itu berpandu kepada surah al-Hujurat, Ayat 9 - “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang; maka damaikanlah di antara kedua-duanya;

“Jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah;

“Jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya yang membacakan semula tafsir ayat tersebut.

- Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.