Suami
'kongsi' isteri sedang hamil didakwa Tertuduh pertama (kiri) dibawa
keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar. - Foto Ihsan myMetro Oleh
Hafizudin Mohd Safar
KANGAR:
Seorang suami yang memaksa isterinya yang sedang hamil melakukan
hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua
pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Akhbar
tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun
menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila
dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.
Dalam
kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol
mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.
Tertuduh
pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua
pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen
376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Sepupu
tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku
bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas
kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.
Suami
mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat
jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes
ialah pada 10 Februari ini.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.