Followers

Wednesday, January 22, 2014

Gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Ziarah, Ibu Bapa Kepada Keluarga Yang Lemas di Pantai Keracut, Penang

 

5 GAMBAR MEMBUKTIKAN KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG BUKAN ANTI ISLAM DAN BENCI MELAYU .... LAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN EXCO KE RUMAH MANGSA TRAGEDI LEMAS PANTAI KERACHUT.



Lawatan Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dengan exco kerajaan negeri kerumah bapa mangsa mati lemas Teluk Bahang di Kubang Ulu, Penanti Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam untuk mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan kewangan.

Lihat dengan mata kepala sendiri, fikir dan nilai akan rakam gambar-gambar diatas .. tolak ketepi fahaman politik yang dianuti ... inilah rupa bentuk kepimpinan yang kita mau ..  membantu rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik.

Lihat betapa sempoi dan perihatinnya YAB Lim Guan Eng kepada keluarga magsa.

Bukan jenis cakap berdegar-degar lain skrip dikelompok yang berlainan dan situasi yang berbeza.

Rakyat boleh berfikir dan menilai negeri Pulau Pinang semasa pemerintahan UMNO/BN dengan DAP/PR.

Isu perkauman sempit dan agama jijik yang dimainkan oleh pihak tertentu tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang .. Lagi kuat diserang dengan dakyah jijik makin kuat sokongan rakyat berikan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Ku Muhammad Ilyas hilang selepas dipercayai lemas bersama empat lagi rakannya ketika sedang mandi di Pantai Kerachut.

Namun dua rakannya berjaya diselamatkan orang awam yang berada di pantai berkenaan dan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang manakala dua lagi rakannya ditemui maut masing-masing pada Sabtu lalu dan kelmarin.

Bapa mangsa, Ku Abdul Halim Ku Taha, 53, reda dengan semua ketentuan ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari mayat anaknya selain semua pihak yang sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat sehingga mayat anaknya dipertemukan semula.

“Dengan berkat doa dan usaha semua pihak, akhirnya ALLAH dah temukan kembali anak saya.


“Selepas semua urusan selesai, jenazah dikebumikan di kampung kami di Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam,” katanya.

Ditanya mengenai amalan anaknya selama ini, Ku Abdul Halim yang merupakan guru agama berkata, anaknya itu sering membaca ayat-ayat al-Quran selain menghafaz surah-surah panjang.

“Arwah selalu membaca al-Quran dan dia juga menghafaz dan sering membaca surah Yasin, Sejadah dan Duha.

“Selain itu dia sering melakukan solat tahajud. Sebagai bapa saya berharap dia diberi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.