Followers

Sunday, January 5, 2014

Dr Mohd Asri buat UMNO mendidih lagi ..!

Photo: Dr Mohd Asri buat UMNO mendidih lagi ..!

Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka, tulis Prof Madya Datuk
Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook.

Menurutnya, jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik, maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal dan enggan
akal mereka dimandul.

Justeru, ujarnya pihak kerajaan hendaklah faham bahawa bukan semua yang mengkritik ataupun tidak berpuas hati dengan kerajaan itu menyokong ataupun suka
dengan pembangkang.

Katanya, rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara mereka dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa
ke atas mereka.

Bekas Mufti Perlis itu menegaskan bahawa tiada kerajaan tanpa rakyat.

Sehubungan itu, jelasnya apabila rakyat merdeka jiwanya dan mempunyai pengetahuan serta maklumat maka mereka tidak akan bersetuju dengan kerajaan dalam
perkara yang menjejaskan kepentingan mereka sebagai rakyat.

Beliau menambah, tidak semestinya kritikan itu kerana mereka menjadi agen pembangkang ataupun ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.

Pen Buruk Online. Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka, tulis Prof Madya Datuk
Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook.


Menurutnya, jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik, maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal dan enggan
akal mereka dimandul.

Justeru, ujarnya pihak kerajaan hendaklah faham bahawa bukan semua yang mengkritik ataupun tidak berpuas hati dengan kerajaan itu menyokong ataupun suka dengan pembangkang.

Katanya, rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara mereka dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa ke atas mereka.

Bekas Mufti Perlis itu menegaskan bahawa tiada kerajaan tanpa rakyat.

Sehubungan itu, jelasnya apabila rakyat merdeka jiwanya dan mempunyai pengetahuan serta maklumat maka mereka tidak akan bersetuju dengan kerajaan dalamperkara yang menjejaskan kepentingan mereka sebagai rakyat.

Beliau menambah, tidak semestinya kritikan itu kerana mereka menjadi agen pembangkang ataupun ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.

Pen Buruk Online.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.