Demontrasi puak UMNO isu kalimah Allah berdekatan Giant Batu Caves sebentar tadi.
Kalau begini punya sambutan diberikan oleh rakyat .. maka niat perhubungan UMNO Negeri Selangor yang di kepalai oleh Noh Omar mau mengadakan roadshow seluruh negeri Selangor bakal meletop letap.
Kalau beginilah cara UMNO berpolitik ... ini pesanan ikhlas jujur suci murni dari Omak Kau .... sokongan warga bandar dan separa bandar akan terus bertambah teruk menguncup ... sokongan warga luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda akan susut.
Isu ini kalau keterlaluan di politik dan di polemikkan akan mengundang rasa mual dan loya dikalangan rakyat Islam.
Kini sedang diperingkat perbicaraan di Mahkamah Persekutuan .. biarkan saja mahkamah menentukkannya sepertimana peruntukkan dan semangat perlembagaan negara.
Apa yang Omak Kau di maklumkan bahawa demo ini tidak mendapat permit dari polis .. gred dan taraf demo haram .. KPN pernah berkata tiada demo yang yang aman.
Tidakah pendemo ini telah menyusahkan rakyat dan peniaga? .. Mohon juga fatwa TS Harussani Zakaria sama ada ianya tertakluk dalam jadual dan kategori bughah yang darahnya halal!!!!!!
Omak Kau !!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.