Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini
memerintahkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul
Hisham Shahrin dan tiga yang lain dilepas tanpa dibebaskan daripada
tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 3.0.
Hakim Ahmad Bache membuat keputusan itu ketika membenarkan permohonan peguam mereka untuk menggunakan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa perintah majistret melarang perhimpunan tersebut adalah tidak sah.
Oleh itu, kata Ahmad, mahkamah mendapati pertuduhan itu kini tidak berasas.
Dengan itu, beliau mengarahkan mereka dilepas tanpa dibebaskan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.