Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan
solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di
Klang, susulan ancaman dari satu kumpulan NGO Islam yang merancang untuk
membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.
Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.
Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. ~mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.