Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi.
Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada
jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan
diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.
"Saya dihalang ketika untuk memasuki Jepun dan
diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian
pihak berkuasa akan menahan saya," katanya dalam satu kenyataan sebentar
tadi.
"Apabila saya kenapa saya dihalang, mereka beritahu ia adalah kerana
hukuman sebelum ini pada tahun 1999," kata Anwar dalam kenyataan media
hari ini.
Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke negara tersebut tanpa visa.
Anwar kemudiaan mempersoalkan tindakan pihak imigresen Jepun menyifatkannya sebagai tidak munasabah.
"Saya beritahu mereka ini bukan alasan yang berasas kerana saya telah
pun masuk ke Jepun pada 2006, 2009 dan 2012," kata Anwar lagi.
Anwar yang hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan
Sri Yohei Sasakawa terus mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun
tersebut memberi alasan ia mungkin disebabkan laporan terbaru
membabitkan dirinya pada tahun 2013.
"Mereka akhirnya memberitahu saya tindakan ini terpaksa diambil mungkin
kerana laporan terbaru pada tahun 2013," kata Anwar lagi yang terpaksa
mengambil tiket penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada 10.45 pagi ini.
Anwar yang dijadualkan membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat
Muslim juga mendakwa telah menyemak dengan kedutaan Jepun sebelum
berlepas ke negara matahari terbit tersebut dan tidak pula diberitahu
tentang sebarang halangan ke atas lawatannya.
Anwar kemudian membidas tindakan tersebut sebagai memalukan dan ia
sepatutnya berlaku di dalam negara yang dianggap sebagai pelopor utama
dalam demokrasi dunia.
"Saya bantah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku ini daripada kerajaan Jepun dalam menafikan hak saya dan menghalang saya.
"Ia sangat sukar difahami bagi sebuah negara demokrasi yang terkenal
mengambil tindakan tidak wajar ini di bawah alasan tersebut dan
menyebabkan saya curiga wujud dalang disebalik perkara ini," katanya.
Anwar kemudiaan mendesak Kementerian Luar untuk memberi penjelasan
tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam
episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan
beliau dihalang masuk.
"Saya desak penjelasan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negara," desaknya lagi.
Bekas timbalan perdana menteri tersebut sekali berdepan ulangan
pendakwaan pada 1999 apabila Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya
Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan Liwat II tersebut.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa
Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26
Jun 2008.
Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan
terhadap pembebasan Anwar itu dan masih belum selesai sehingga kini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.