[HM] SEREMBAN – Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap
mangsa menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit,
empat kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30
lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini,
semalam.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang
berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis
terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat
itu.
Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang kerana
ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan
ringgit.
Saksi kejadian mahu dikenali Firdaus, 20 berkata, ketika rusuhan
kumpulan berkenaan memasuki premis terbabit dan mengamuk meminta semula
dikembalikan wang penipuan ahli keluarga mereka.
Katanya, penipuan dilakukan sejak setahun lalu terhadap ratusan mangsa membabitkan puluhan ribu seorang.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi
mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak lagi terpedaya
dengan penipuan itu.
Katanya, kes terbabit turut disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). – 23/1/14
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.