Followers

Sunday, January 5, 2014

BAHAYA HIDUP SEBAGAI RAKYAT BIASA.

 
Polis Tahan Anggota PKR Bantu Siasatan Kes Ugut Bunuh Ketua Menteri Sarawak.

KUCHING, 31 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang anggota PKR di sini Isnin malam bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Zulkifli Hassan, yang mengesahkan perkara itu, berkata lelaki berusia 34 tahun itu merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira 9.20 malam.

Katanya lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.

Semasa ditangkap, lelaki itu berada bersama-sama beberapa anggota PKR lain untuk menghantar pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard yang balik ke Kuala Lumpur, katanya.

Beliau berkata polis hari ini telah memperolehi perintah mahkamah untuk menahan reman lelaki itu selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Katanya lelaki itu disyaki memiliki akaun laman sosial Facebook yang telah memuat naik kenyataan mengandungi kata-kata berunsur ugutan bunuh terhadap Taib pada 27 Dis lepas. -- BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.