Tiidak semena-mena sayur kangkung menjadi buah mulut dan bualan media sosial. Habis laman facebook, portal, blog, aplikasi whatsapp berbicara isu kangkung.
Ditambah dengan pelbagai idea kreatif melalui lakaran kartun dan kata-kata lawak berasaskan katakuncinya ‘kangkung’. Kenapa kangkung tiba-tiba terkenal? Mudah sahaja.
PM nak beri contoh ada faktor lain yang menyebabkan harga barang naik seperti cuaca dan lain-lain, lalu tersembul keluar dari mulutnya, samada sengaja, tak sengaja, spontan atau sudah ditulis skripnya lebih awal perkataan ‘kangkung’.
Najib dilaporkan berkata di kawasan saya ketika bantuan banjir: “Kalau
harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada
masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah
turun.
“Kangkung
dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji
kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah
(ekoran) keadaan, cuaca…”
Beliau
mungkin hanya sebut ‘kangkung’ sebagai contoh. Tapi keseluruhan ayat
itu menggambarkan beliau tidak cermat berkata-kata.
Ia samalah dengan
tidak cermatnya BN menguruskan bantuan banjir kali ini, tidak cermat
membantu mangsa banjir baru-baru ini dan tidak cermatnya menguruskan
ekonomi negara.
Tilam,
tv dan peti sejuk antara barangan yang kononnya dikatakan bernilai ribu
ringgit diberi kepada mangsa banjir. Namun sesetengahnya terpaksa
menunggu bulan April baharu dapat semuanya?
Kalau di rumah sudah ada
peti sejuk, untuk apa lagi peti sejuk? Kalau di rumah tv terselamat,
untuk apa lagi ada tv?
Sudahlah mahu mengambil baucer penuh dengan
kerenah dan menunggu lama, barangan pula kelihatan tidak bermutu tinggi.
Ketika
membeli sayur di kedai, rata-rata penduduk sekitar Cukai, Kemaman
bising dan merungut dengan isu baucer. Terpaksa begini, terpaksa begitu
dan pelbagai terpaksa lagi.
Bukankah lebih baik beri dalam bentuk wang
ringgit? Katakan baucer RM5000 yang boleh diambil di bank berdekatan?
Rakyat kehilangan barangan dalam rumah, kos baiki kereta tenggelam air
memakan ribuan ringgit dan lain-lain kos. mereka lebih tahu apa yang
diperlukan dalam rumah. Itupun kalau mahu membantu.
Tapi kalau mahu
‘berniaga’ dengan duit bantuan banjir dari orangramai atau dari negara
luar, maka buatlah sebagaimana yang dibuat.
Rakyat
Malaysia keseluruhannya sedang menghadapi isu kenaikan kos sara hidup,
harga makanan dan barangan yang makin naik, tol, tarif elektrik dan
pelbagai bayaran yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Justeru, kalau
ada di kalangan rakyat yang meng’kangkung’kan Perdana Menterinya (baca
sekali lagi: Perdana Menteri) yang memberi contoh bodoh, maka jangan
marahkan rakyat yang sedang marah dengan kenaikan semua perkara, tetapi
marahlah kepada mereka yang diberi amanah mengurus negara tetapi terus
tidak mendengar keluhan rakyat.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ustaznik
Posted on Tuesday, January 14 @ 10:49:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.