Anak perempuan kepada perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir
Mohamad hari ini mengecam Putrajaya yang terus diam dengan isu-isu panas
yang dimainkan kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan memberi kesan
kepada negara.
Dalam ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina
Mahathir mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh melaungkan
perpaduan tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat oleh
pihak-pihak tertentu.
"Apakah jenis kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang
kesederhanaan dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa
terhadap penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang
dipanggil badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin
kerajaan?
“Adakah mereka sedar atau takut? Dan jika mereka takut, mengapa?" tanya
beliau dalam tulisannya.Tulisannya ini telah menyentuh sanubari rakyat
Malaysia apabila mereka menyebarkannya melalui laman sosial Facebook dan
juga Twitter. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.