KLANG: Seorang
wanita ditemui mati di sebuah hotel di sini manakala lelaki yang
didakwa membunuh wanita itu mencederakan lehernya dan meninggal dunia
ketika dalam perjalanan ke hospital.
Kedua-duanya,
mangsa dan suspek berusia 58 tahun itu berkongsi alamat yang sama
berdasarkan kad pengenalan mereka, namun hubungan antara kedua-duanya
masih belum dikenal pasti.
Ketua
Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata, kejadian itu
berlaku kira-kira pukul 5.10 pagi Isnin apabila pekerja hotel mendengar
bunyi bising dari bilik mangsa di mana kedua-duanya mendaftar masuk pada
malam sebelumnya.
“Apabila
pekerja terbabit datang untuk membuat pemeriksaan, dia mendapati lelaki
tersebut menyerang wanita berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa
pekerja tersebut dengan segera menghubungi pihak polis berhubung
kejadian yang berlaku.
“Sebaik
sahaja polis tiba di lokasi, tidak sampai lebih dari lima minit, mangsa
ditemui terbaring di atas katil manakala lelaki terbabit duduk di
sebelah dengan keadaan berlumuran darah di bahagian leher. Lelaki itu
meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Beliau berkata, polis percaya bahawa wanita itu dipukul dengan objek tajam di kepala sebelum sebelum mengelar di lehernya.
“Motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.
Polis menemui tukul besi, pisau dan sebuah kereta Toyota Vios milik suspek.
Kes itu disiasat sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan versi awal, mangsa dipercayai merupakan isteri kepada suspek, sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media.
Sedaka Sejahtera.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.