Followers

Wednesday, January 29, 2014

AKU BOSAN, AKU BENCI DAN MELUAT, TAPI BENCI DAN MELUAT KEPADA UMNO/BN JAUH LEBIH TINGGI.

Photo: Selasa, 28 Januari 2014.

AKU BOSAN, AKU BENCI DAN MELUAT, TAPI BENCI DAN MELUAT KEPADA UMNO/BN JAUH LEBIH TINGGI.

BARU semalam aku menulis di SINI, aku cadangkan tak perlu DS Anwar bertanding di Dun Kajang dan betapa perlunya TS Khalid kekal sebagai MB Selangor dengan sedikit 'perubahan sikap'.  

Namun, nasi sudah menjadi bubur, nama calon telah diumumkan di mana DS Anwar adalah calonnya.  Soal dia ganti TS Khalid sebagai MB Selangor masih jauh mahu difikir kerana DS Anwar mesti menang di PRK Dun Kajang dahulu.

Umum saja Adun Kajang dari PKR itu kosongkan kerusi, gegak gempita seluruh Selangor dan Malaysia.  Ertinya terlalu sayang rakyat kepada PR, mereka tak mahu benda sedikit boleh merosakkan kekuatan PR di Selangor.  

Bila diumum saja DS Anwar akan bertanding, gempita lagi kita di luar.  Apa yang terjadi sebenarnya di Selangor? 

Jangan kita buat-buat tidak tahu.  Siapa yang tidak tahu 'perbalahan' di antara TS Khalid dengan Azmin Ali?  Sejurus PRU tahun 2008 lagi krisis ini diketahui.  Entah berapa kali DS Anwar menegur samada secara dalaman bahkan secara terbuka termasuk di dalam Kongres Nasional PKR.  

DS Anwar menegur kedua-dua pemimpin yang susah sangat mahu duduk semeja ini.  

Namun mereka diberi peluang untuk berubah sepenggal.  Tiba PRU 13, diharapkan kemenangan besar PR di Selangor itu boleh diraikan bersama secara keluarga di antara TS Khalid dan Azmin.  Malangnya, bertambah hebat pula.  Daripada isu MB Selangor, berjangkit kepada isu di dalam PKNS.  

Jika kita di tempat DS Anwar, apa perlu kita buat?  Mahu pecat Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor bahkan Timbalan Presiden PKR itu?  

Atau, sanggup kita buang TS Khalid sebagai MB Selangor tanpa alasan yang benar-benar kukuh?  Masakan kita boleh singkir TS Khalid hanya kerana Azmin mahu berada di Kerusi MB Selangor?  

Ertinya, DS Anwar telah cuba baiki masalah yang berlaku di Selangor secara paling berhemah tanpa menyinggung mana-mana pihak.  Namun, entah kenapa dan tidak diketahui siapa yang ego di antara keduanya.  

Mungkin untuk menyelesaikan masalah ini tanpa mengguris hati orang-orang Azmin mahu pun orang-orang TS Khalid sekaligus untuk meyakinkan rakan-rakan di dalam PR bahawa kemelut yang berlaku sekian lama mesti diselesaikan segera, maka DS Anwar telah mengambil langkah yang beliau ambil sekarang.

Setakat ini tiada orang Azmin yang mengamuk, tiada orang TS Khalid yang memaki hamun DS Anwar.  Rasa tidak puas hati memang wujud kerana tidak pernah berlaku percaturan politik berisiko tinggi seperti ini berani dilakukan oleh DS Anwar.  

Apakah ada pilihan lain?  Adakah perlu DS Anwar berikan sepenggal lagi untuk mereka berdua selesaikan kemelut di antara mereka?  

DS Anwar mungkin bimbang jika dibiarkan berlarutan, bukan saja masalah mereka berdua selesai tetapi Selangor juga mungkin 'selesai' dapat semula ke tangan Umno.

Memang sukar mahu terima kenyataan penyelesaian sedemikian rupa.  Kita harus yakin dengan keputusan bersama oleh PR ini setelah mendapat penjelasan daripada DS Anwar.  

Kita di bawah hanya boleh mengeluh dan merungut sekadar cerita yang sedikit kita tahu, sedangkan kita tidak tahu tentu banyak perkara yang pimpinan kita bincang di sana yang akhirnya mereka setuju cara penyelesaian yang berisiko besar ini.  

Cukuplah kita nyatakan pandangan kita, akhirnya kita patuh keputusan pimpinan kita di dalam PR.  Pimpinan pula perlu tahu isi hati rakyat yang bukan mudah untuk terima kenyataan yang pahit begini.  Bosan.  

Memang aku bosan.  Benci.  Memang aku benci.  Tetapi kebencian aku terhadap Umno/Bn jauh lebih tinggi. 

Dicatat oleh WFAUZDIN NS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.