Beliau menyelar hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 yang
dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Naib Presiden KEADILAN,
Tian Chua.
“Kesalahan Tian adalah pergi jengok orang yang ditangkap di Pulapol
(Pusat Latihan Polis). Kalau Tian balik ke rumah, dia akan selamat.
“Sebagai seorang ahli parlimen, dia bersama dengan rakyat (peserta) perhimpunan yang ditangkap berada di balai polis.
“Menjadi satu sifat dan tabiat bagi Tian Chua berada di balai polis, di
Pulapol untuk beri sokongan moral kepada peserta yang ditahan.
“Rupanya berada di tempat macam itu menjadi satu kesalahan,” kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Kata Saifuddin sistem perundangan di Malaysia berat sebelah, yang jelas
membela kesalahan besar yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN.
“Di negara kita ini kalau curi duit lembu RM 250 juta tidak dikenakan apa-apa (tindakan)
“Tapi kalau kamu jenguk orang yang sudah ditangkap, kamu kena penjara,” katanya.
Dalam himpunan ‘Bersih 3.0 Duduk Bantah’ pada 28 April 2012 itu, lebih
250,000 rakyat Malaysia dari pelbagai latar umur, bangsa dan agama hadir
bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya.
Pada perhimpunan bersejarah itu juga wartawan dan jurugambar termasuk
media asing dipukul dan dirampas peralatan media oleh anggota polis
bertugas.Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.