SUSUPAN MALAM
Di suatu majlis kenduri di Shah Alam tengah hari tadi saya berbual-bual dengan dua orang pegawai di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Seorang pegawai polis dan seorang pegawai Imigresen. Entah macam mana tiba-tiba keluar cerita nama Abdul Rahim Mohamad Radzi yang mengumumkan kononnya KDN ada 10 bukti grea A mengenai pembabitan Mohamad Sabu dengan faham Syiah telah tidak lagi berada di pejabat KDN sebagai Ketua Setiausaha (KSU).
Menurut pegawai polis itu Abdul Rahim telah diberhentikan dua tiga hari lepas. Pegawia polis itu tidak menyebut siapa pengganti Abdul Rahim, cuma menyebut Rahim diberhentikan kerana menteri tidak mahukan dia.
Kemudian semasa berbual dengan pegawai Imigresen, beliau menceritakan hal yang sama. Katanya dia sendiri terkejut dengan pertukaran Rahim itu. Katanya dia mengetahui apabila semasa menghadiri mesyuarat jabatannya beliau diberitahu yang Abdul Rahim sudah tidak menjadi KSU di KDN lagi.
Menurut pegwai ini pertukaran itu pada 1 Januari lepas dan orang baru dari Kementah mengisi tempat Rahim itu.
Kedua pegawai berkenaan tidak mengetahui ke mana Rahim dicampak, tetapi ada kemungkinan dia dinaikkan pangkat untuk membolehkan berlaku 'pembuangan' dari KDN.
Baru-baru ini Abdul Rahim dianggap telah menjadi galang ganti kepada Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan dakwaan penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah. Tindakan Abdul Rahim mengambil alih tugas Zahid itu memelikkan pemerhati politik.
Jarang berlaku KSU di mana-mana kementerian diarah atau mengambil tugas mendedahkan isu politik.
Gara-gara itu ada orang menganggap Zahid Hamidi ada agenda tertentu dengan membuat arahan itu. Bukti didedahkan Abdul Rahim mengenai timbalan presiden Pas itu benar-benar memalukan kerana buktinya bertaraf longkang.
Apakah ianya permainan Zahid Hamidi? Kalau iya betapa dahsyatnya. Iya semacam disengajakan untuk menukar Abdul Rahim dengan terlebih dahulu menjejaskan imej Rahim sebagai pegawai tinggi kerajaan. [wm.kl.8:01 pm 04/01/14]

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.