Followers

Monday, December 9, 2013

ZAHID HAMIDI PORNOROGO MENTERI CAP AYAM SAMA TARAF DENGAN PENCACAI UMNO!



 
Alahai Zahid Hamidi…

Zahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam PAS, Mohamad Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.

Walaupun tidak menyebut secara langsung tetapi apabila beliau menyebut pemimpin nombor dua PAS, ia sangat jelas ditujukan kepada Mat Sabu yang menjadi Timbalan Presiden parti itu.
 
Tindakan Zahid memberi arahan untuk menangkap seseorang di pentas umum dan secara terbuka dalam PAU terlihat luar biasa, bukan saja kerana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini tetapi juga menyalahi etika sebagai seorang yang ada kuasa.

Jika benar, beliau mempunyai bukti bahawa Mat Sabu mengamalkan fahaman Syiah, beliau tidak perlu menjerit secara terbuka untuk menangkapnya tetapi terus saja menahannya berdasarkan peraturan undang-undang sedia ada. 
 
Lagi pula, tidak perlu memberi arahan secara terbuka kepada Jamil Khir kerana sebagai sesama anggota kabinet, mereka berjumpa dan bermesyuarat setiap minggu dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Cara Zahid memberi arahan kepada Jamil Khir juga seolah-olah beliau sedang mengajar menteri yang bertangggungjawab kepada hal-ehwal agama itu untuk bertindak dan bekerja. 
 
Dengan memberi arahan juga seperti beliau merasakan dirinya sudah berjawatan lebih tinggi daripada menteri dan tidak sabar-sabar untuk meningkatkan lagi taraf dirinya sebagai pemimpin.

Tetapi jika tidak mempunyai bukti dan asas yang kukuh, beliau tidak seharusnya membuat tuduhan secara terbuka kerana tindakan itu memperlihatkan dirinya tidak jauh bezanya dengan pencacai Umno yang bersepah-sepah di setiap majlis keramaian Umno. 
 
Zahid seharusnya tahu membezanya dirinya adalah Naib Presiden Umno yang sudah dua kali mendapat undi tertinggi dan kini berjawatan Menteri Dalam Negeri.

Apatah lagi, jika selepas memberi arahan dan kebenaran kepada Jamil Khir untuk menahan Mat Sabu, tetapi tangkapan tidak juga dilakukan. 
 
Ia bukan saja memalukan dirinya, bahkan meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang retorik dan cakap tak serupa bikin. 
 
Sudah tentu rakyat akan melihat tindakannya bercakap tentang penahanan Mat Sabu itu sekadar untuk meraih populariti di kalangan perwakilan Umno dan mahu menunjuk-nunjuk ketegasannya di depan khalayak.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, ketegasan yang dituntut oleh rakyat ialah dalam tindakan, bukannya percakapan.Sehingga ini, tiada siapa tahu apa bukti yang Zahid ada mengenai dakwaannya terhadap Mat Sabu. 
 
Sementara Jamil Khir sendiri dalam respon awalnya menyatakan pembuktian kukuh adalah diperlukan untuk menahan seseorang yang disyaki berfahaman Syiah kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang dan bukannya berdasarkan fahaman parti semata-mata, Mat Sabu pula menafikan beliau berfahaman Syiah.

Saya adalah orang Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, jelas Timbalan Presiden PAS itu.
 
Dalam masa yang sama, selain tindakan Zahid membuat dakwaan melulu dan terbuka kepada Mat Sabu yang bakal mendedahkannya kepada tindakan undang-undang, serangannya kepada PAS dengan menjadikan orang nombor duanya sebagai sasaran juga, adalah percubaan paling jelas menghalang muzakarah Umno dengan PAS yang sedang diperkatakan sekarang.

Di sebalik semua pemimpin Umno bersikap terbuka kepada muzakarah itu dan melihat kepentingan ummah sebagai keutamaan dan PAS sendiri melalui Presidennya, Hadi Awang turut bersedia ke arah itu, Zahid yang dilihat sebagai antara pemimpin yang berimej Islam dalam Umno, dengan jelas bersikap sebaliknya dan menolak muzakarah itu.
 
Tindakannya membuat dakwaan tanpa bukti terhadap Mat Sabu sehingga Jamil Khir sendiri masih keberatan untuk menuruti arahan menahan pemimpin PAS itu, seperti telah menghancurkan impian muzakarah yang diimpikan selama ini.

Walaupun berjaya mendapat undi tertinggi dalam dua pemilihan Umno dan sedang mengintai kedudukan lebih tinggi untuk dirinya, Zahid ternyata telah membuat kesilapan dalam PAU kali ini. 
 
Beliau bukan saja merosakkan reputasi dirinya sebagai pemimpin dan menteri yang tahu mengendalikan kuasa tetapi juga menjadi penghalang kepada agenda perpaduan dalam Umno.
 
Apakah ini pemimpin yang diharapkan untuk masa depan Umno dan negara?Alahai Zahid Hamidi... – shahbudindotcom.blogspot.com, 8 Disember, 2013.

Waktu malam berdekar dekar mahu muzakarah dengan pas.. waktu siang menuduh pemimpin no 2 pas berfahaman syiah.. dasar talam dua muka.. sebab tu admin kata berhati hati dengan puak ni.. tiada keikhlasan kita lihat dari cara mereka.. hidup dan mati golongan ini hanya kuasa,wang,pangkat saja...


-admin power-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.