PETALING JAYA: Ketika pelakon Adi Putera, 32, mengambil peluang
untuk mengadakan sidang media berhubung skandalnya dengan isteri orang
pada malam Khamis (malam ini) wanita tersebut pula akan membuat sidang
media serupa pada Jumaat (esok).
mStar Online dimaklumkan, wanita berusia 30 tahun itu akan
ditemani suaminya dan seorang peguam untuk mendedahkan perkembangan
terbaharu berhubung siasatan kes berkenaan.
Sidang media itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.
Terdahulu Adi Putra pada akan mengadakan sidang media di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis kira-kira pukul 8 malam.
Adi diberitakan akan menjelaskan perkembangan kes berkenaan termasuklah kononnya dia tidak bersalah.
Pada September lalu Adi atau mana sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim
didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat
polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari
Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling
berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang
berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman
Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi
WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu
suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip
mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi
menutup kes tersebut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. - mStar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.