Followers

Friday, December 20, 2013

Wanita Didakwa Terbabit dengan Skandal Artis Diceraikan Suami Talak Satu



Kes Skandal Adi Putra: Amiruddin Ceraikan Isteri Talak Satu
[Mstar] PUTRAJAYA: Amiruddin Othman, 56, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra mendakwa telah menceraikan isterinya secara lisan dengan talak satu pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.

Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain untuk kebaikan mereka bersama.

"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis (semalam) pukul 4.30 pagi di kediaman kami.

"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.

Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.

"Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.

"Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.

"Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami," ujarnya.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. - 20/12/13

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.