Followers

Tuesday, December 3, 2013

Tarif Industri Khas naik 19%, masih nikmati diskaun 10%

Berikutan semakan semula subsidi elektrik hari ini, pengguna Tarif Industri Khas (SIT) akan mengalami peningkatan kira-kira 19%.
Ini, kata Tenaga Nasional Bhd, selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi kepada perindustrian secara berperingkat.

"Walaupun dengan peningkatan ini, pengguna SIT akan terus menikmati kadar tarif berdiskaun, berbanding pengguna perindustrian biasa," katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Syarikat tenaga nasional itu berkata diskaun 10% pada bil elektrik yang kini dinikmati oleh sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi, rumah-rumah ibadat dan rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan dan institusi pendidikan yang ditaja sebahagiannya oleh kerajaan, akan dikekalkan.

"Diskaun 10% itu turut akan diberikan kepada hospital universiti di bawah Kementerian Pelajaran.

"SIT untuk pengendali air dan kumbahan akan diberikan secara automatik, dan rebat elektrik oleh kerajaan untuk pengguna domestik dengan bil bulanan sebanyak RM20 atau lebih rendah, akan dikekalkan," tambahnya.

 Photo: Tarif Industri Khas naik 19%, masih nikmati diskaun 10%

December 02, 2013

Di Bursa Malaysia, sekuriti Tenaga Nasional Bhd naik tiga sen kepada RM9.89 sebelum digantung atas permintaan syarikat itu dari 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Dagangan saham syarikat akan disambung semula pada 9 pagi esok.

Penggantungan dua setengah jam saham itu adalah berikutan pengumuman semakan subsidi elektrik itu hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan semakan subsidi itu di parlimen hari ini dan berkata kerajaan akan menjimatkan kira-kira RM4 bilion daripada subsidi sejumlah RM14 bilion tahun ini dalam sektor tenaga. – Bernama, 2 Disember, 2013.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.