KUALA LUMPUR - Sepucuk surat yang didakwa dihantar oleh rakan karib
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan
huru-hara pada perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31
Disember ini tersebar luas di internet sejak kelmarin.
Dalam surat yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan kepemimpinan pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.
Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.
Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.
Apabila rakaman-rakaman tersebut
menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi
meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan dari
situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan
seterusnya.
Surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.
Walau bagaimanapun, Abdul Rahim yang dihubungi Mingguan Malaysia menafikan perkara tersebut dan memberitahu surat itu ditulis pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.
"Saya menafikan perkara ini kerana surat itu, bukan saya yang tulis. Ada orang buat surat itu menggunakan nama saya. Mereka menulis surat seperti itu untuk agenda mereka, tetapi mahu melibatkan saya," katanya.
Ditanya apakah tindakannya berhubung penyebaran surat itu, Abdul Rahim berkata, beliau perlu meneliti perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Sementara itu, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyiasat kesahihan sekeping surat makluman strategi pelaksanaan perhimpunan haram yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.
Sumber berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk jika wujud elemen sabotaj yang dilakukan oleh individu tertentu.
"Buat masa ini kesahihan e-mel itu belum dapat dipastikan tetapi polis akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan termasuk SKMM untuk meneliti ketulenan surat tersebut sama ada ia dihantar oleh Abdul Rahim atau individu lain," kata sumber itu. - Utusan
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.
Dalam surat yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan kepemimpinan pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.
Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.
Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.
Surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.
Walau bagaimanapun, Abdul Rahim yang dihubungi Mingguan Malaysia menafikan perkara tersebut dan memberitahu surat itu ditulis pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.
"Saya menafikan perkara ini kerana surat itu, bukan saya yang tulis. Ada orang buat surat itu menggunakan nama saya. Mereka menulis surat seperti itu untuk agenda mereka, tetapi mahu melibatkan saya," katanya.
Ditanya apakah tindakannya berhubung penyebaran surat itu, Abdul Rahim berkata, beliau perlu meneliti perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Sementara itu, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyiasat kesahihan sekeping surat makluman strategi pelaksanaan perhimpunan haram yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.
Sumber berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk jika wujud elemen sabotaj yang dilakukan oleh individu tertentu.
"Buat masa ini kesahihan e-mel itu belum dapat dipastikan tetapi polis akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan termasuk SKMM untuk meneliti ketulenan surat tersebut sama ada ia dihantar oleh Abdul Rahim atau individu lain," kata sumber itu. - Utusan
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.