Followers

Thursday, December 5, 2013

SITI AISYAH HAMBA YANG RELA

 
Hishamuddin Rais menafikan dakwaan pelbagai agensi berita bahawa Siti Aishah adalah seorang hamba di bawah perintah Komrad Bala.

Siti Aishah yang menghilang selama 40 tahun mengambil keputusan untuk tinggal dengan pasangan itu di mana mereka berkongsi kepercayaan Mao Zedong.

" Tidak ada sebab yang menunjukkan Aisyah itu adalah hamba. Bagaimana anda boleh menjadi seorang hamba sedangkan anda bebas untuk masuk dan keluar dari rumah , "

"Bagi saya ia merupakan kesetiaan kepada ideologi dan itulah sebabnya Aishah tinggal bersama mereka untuk sekian lama, " katanya.

Hishamuddin  menyatakan bahawa pertemuan dua beradik, Siti Aishah dengan kakak beliau Kamar Mahtum sebagai 'dingin'.

Pertemuan selama satu jam 40 minit itu lebih banyak dihabiskan dengan mendengar leteran Kamar Mahtum terhadap adiknya sehingga polis terpaksa mencelah.

Cikgu Kamar memarahi Siti Aisyah dengan penuh emosi namun Siti Aisyah sedikit pun tidak berasa apa-apa. Siti Aishah tidak menunjukkan sebarang tanda emosi.

Lokasi rahsia pertemuan itu didedahkan oleh Hishamuddin berpandukan kenyataan Cikgu Kamar.


Kenyataan Hishamuddin Rais  itu menunjukkan bahawa Siti Aisyah tidak diperhambakan tetapi menghambakan diri kepada kepercayaannya, Siti Aisyah adalah hamba kepada dirinya sendiri.

Perasaan kesal dan sedih mengenang pengangan agama Siti Aisyah ketika ini. Ungkapan "DOAKAN SITI AISYAH" yang diluahkan kakaknya apabila ditanya status agama adiknya membawa seribu pertanyaan.

adios

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.