Followers

Sunday, December 22, 2013

Siapa naikkan harga dulu, soal Najib !!


 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.


"Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi?

"Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor.

"Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita otkk dulu...kita otkk dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu).

"Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya.

Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini didesak untuk mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan dan cukai pintu di beberapa daerah di negeri itu yang naik secara mendadak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Difahamkan kenaikan membabit antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Posted by Jeebond BLM

 Apa lah nasib kita rakyat Malaysia - mendapat PM yang kurang cerdik !!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.