SEMAKIN hampir hari yang dinantikan oleh tidak kurang 53% rakyat
Malaysia iaitu tarikh 31 hb Disember 2013 ini, semakin melambak cerita
bodoh lagi kelakar muncul.
Sudah tentunya cerita bodoh ini datangnya
dari orang yang sama pemikiran dengan jalan ceritanya.
Cerita terbaru adalah kisah bom dipasang di Dataran Merdeka. Si
pemasang bom ini kononnya akan mengajak orang ramai berhimpun untuk
guling kerajaan.
Ertinya, kerajaan akan terguling serentak dengan
kematian puluhan ribu orang yang berhimpun di Dataran pada malam itu
akibat terkena bom. Kahkahkah....
Sebelum itu, Rafizi disoal siasat kerana ada email yang dihantar
kepadanya mengisahkan tentang pemasangan bom di Dataran Merdeka.
Rafizi
hanya penerima email yang beliau sendiri tidak tahu menahu pun siapa
pengirimnya dan apa tujuan email itu, tetapi Rafizi ditahan dan disoal
siasat awal lagi. Si pengirim?
Lojiknya si pengirim akan diburu dan
disiasat kerana ini kes serius.
Kes bom ini amat serius kecuali bom C4
yang membunuh Altantuya mungkin tidak serius sangat.
Kisah karut marut ini bermula bukan saja sewaktu cadangan rakyat untuk
berhimpun membantah kenaikan harga barang, tetapi telah bermula sebaik
saja Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS dan Mat Sabu berikrar
akan pimpin rakyat untuk berhimpun secara besar-besaran tahun depan
bagi membantah banyak perkara yang tidak masuk akal oleh kerajaan 47%.
Sebelum itu PAS dituduh sesat, kemudiannya Wahabi dan Syiah pula. Mat
Sabu pernah dituduh Komunis sewaktu isu Mat Indera.
Kemudian Mat Sabu
dituduh Syiah. Semenjak bila Komunis ada kaitan dengan Syiah?
Kahkahkah....
Mat Sabu tidak mengaku beliau penganut fahaman Syiah. Ada seorang di
Kedah secara terang, jelas dan terbuka mengaku sebagai Ketua Syiah.
Tidak pula orang yang mengaku ini ditahan atau disiasat, sebaliknya Mat
Sabu yang tidak mengaku Syiah pula disibukkannya.
Maka dibawa sepuluh
bukti kononnya Mat Sabu Syiah, malangnya kesemua bukti tersebut menjadi
bahan lawak antarabangsa. Kahkahkah...
Bila sudah terasa dimalukan, mereka tepis bukti-bukti yang mereka bawa
itu dengan mendakwa itu bukti Greb B. Mereka ada bukti Gred A,
katanya. Kahkahkah...
Bila rakyat bertanya mana bukti-bukti Gred A itu? Mereka jawab, Mat
Sabu kena tunjukkan bukti bahawa beliau bukan Syiah. Kahkahkah....lagi
lawak dan bodoh campor bengap.
Mereka tuduh Mat Sabu, Mat Sabu pula
kena tunjuk bukti. Pelik bin ajaib undang-undang mereka pakai.
Negara
yang tak bertamaddun pun tak pakai undang-undang bangang seperti itu.
Usahkan ikut undang-undang Islam, ikut undang-undang sekular pun mereka
gagal nak patuh.
Jelas kepada kita, kesemuanya ini adalah untuk memperbodohkan rakyat.
Cukuplah kita memandang saja kelakuan jijik mereka itu.
Kita patut
turun ke Dataran Merdeka pada 31hb Disember ini hanya dengan niat untuk
memberitahu mereka bahawa rakyat tidak sebodoh yang kamu jangkakan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.