Followers

Saturday, December 14, 2013

"Saya bukan Robin Hood" - Ahmad Said

Photo: "Saya bukan Robin Hood" - Ahmad Said

13  Disember 2013

Demikian tegas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said ketika merujuk gelaran diberi masyarakat kepada beliau berikutan tindakannya menahan dua lori membawa roti dan mengagih roti itu kepada pengguna jalan raya yang terperangkap akibat banjir di Chendor,Pahang baru-baru ini.Beliau berkata perbuatan 'Robin Hood' merompak untuk membantu orang miskin tetap salah walaupun niatnya murni.

"Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar,jadi tak perlulah umpamakan saya seperti Robin Hood," katanya semasa menggulung perbahasan belanjawan negeri,di persidangan Dewan Undangan Negeri,di Kuala Terengganu.

Tindakan Ahmad pada 4 Dis lalu mendapat pujian orang ramai dan berita serta gambar beliau mengagih roti terbabit tersebar luas menerusi media sosial sehingga ada yang menggelarkannya Robin Hood.

Menurut laman ensiklopedia Wikipedia,Robin Hood merupakan penjenayah yang diangkat sebagai hero dalam cerita rakyat masyarakat Inggeris kerana dia menyamun dan merompak golongan kaya untuk membantu orang miskin yang tertindas.

Sementara itu,Ahmad ketika mengulas kejadian pada hari berkenaan berkata,pengguna jalan raya yang terkandas mengadu kepadanya mereka tiada bekalan makanan."Bayangkanlah,ramai yang datang kepada saya dan beritahu anak mereka menangis kelaparan akibat terkandas setelah laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air.Pada mulanya,pemandu itu enggan membuka lori tapi bila saya menghubungi pengurusnya dan sedia membayar harga kesemua roti itu,barulah pemandu berani membukanya dengan disaksikan orang ramai," katanya.

Ahmad memberitahu persidangan dewan negeri itu bahawa syarikat roti berkenaan kemudian enggan menerima bayaran dan menganggap roti tersebut sumbangan mereka kepada mangsa banjir.

Demikian tegas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said ketika merujuk gelaran diberi masyarakat kepada beliau berikutan tindakannya menahan dua lori membawa roti dan mengagih roti itu kepada pengguna jalan raya yang terperangkap akibat banjir di Chendor,Pahang baru-baru ini.
 
Beliau berkata perbuatan 'Robin Hood' merompak untuk membantu orang miskin tetap salah walaupun niatnya murni.

"Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar,jadi tak perlulah umpamakan saya seperti Robin Hood," katanya semasa menggulung perbahasan belanjawan negeri,di persidangan Dewan Undangan Negeri,di Kuala Terengganu.

Tindakan Ahmad pada 4 Dis lalu mendapat pujian orang ramai dan berita serta gambar beliau mengagih roti terbabit tersebar luas menerusi media sosial sehingga ada yang menggelarkannya Robin Hood.

Menurut laman ensiklopedia Wikipedia,Robin Hood merupakan penjenayah yang diangkat sebagai hero dalam cerita rakyat masyarakat Inggeris kerana dia menyamun dan merompak golongan kaya untuk membantu orang miskin yang tertindas.

Sementara itu,Ahmad ketika mengulas kejadian pada hari berkenaan berkata,pengguna jalan raya yang terkandas mengadu kepadanya mereka tiada bekalan makanan.
 
"Bayangkanlah,ramai yang datang kepada saya dan beritahu anak mereka menangis kelaparan akibat terkandas setelah laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air.
 
Pada mulanya,pemandu itu enggan membuka lori tapi bila saya menghubungi pengurusnya dan sedia membayar harga kesemua roti itu,barulah pemandu berani membukanya dengan disaksikan orang ramai," katanya.

Ahmad memberitahu persidangan dewan negeri itu bahawa syarikat roti berkenaan kemudian enggan menerima bayaran dan menganggap roti tersebut sumbangan mereka kepada mangsa banjir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.