Followers

Thursday, December 26, 2013

Rupanya Ini Punca 200 Guru KAFA Terengganu Di Berhentikan Serta Merta - Posted by Addin Deen

Tindakan Yayasan Islam Terengganu (YIT) menghentikan kontrak kira-kira 200 guru Kafa di negeri ini secara serentak seolah-olah agenda membalas dendam politik oleh pihak tertentu."Tindakan tersebut menghairankan kerana dibuat dalam jumlah yang besar.

"Seolah-olah satu agenda bagi membalas dendam politik oleh pihak tertentu," kata Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah dalam kenyataan.

Justeru kata Hamzah, sekiranya tenaga pengajar kurang mahir dijadikan alasan, pemberhentan beramai-ramai tersebut bercanggah dengan keadaan sebenar.

"Kerana pencapaian Kafa Terengganu antara yang terbaik di Malaysia. Apa alasan yang sebenarnya?, soal Hamzah.Surat penamatan kontrak guru KAFA oleh Yayasan Islam Terengganu. 

Hamzah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Bukit Payong berkata, penamatan kontrak secara besar-besaran ini memberi kesan kepada para pelajar keseluruhannya.

"Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari guru pengganti dalam masa yang singkat dengan jumlah yang begitu besar."Apatah lagi tarikh bermulanya sesi persekolahan 2014 hanya tinggal lebih kurang seminggu," kata Hamzah.

Katanya, tindakan kerajaan negeri dan Yayasan Islam Terengganu memperjudikan nasib para pelajar.

Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan rakyat Terengganu agar peka dengan perkembangan di negeri ini kerana tindakan seperti dilakukan YIT mungkin melibatkan ahli keluarga sendiri.

"Ia mungkin juga melibatkan saudara mara atau orang-orang terdekat dengan anda semua," kata Hamzah. ~kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.