Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.
Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan
terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan
pelbagai masalah kewangan dihadapi negara berpunca daripada masalah
yang sama iaitu rasuah.
"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah
aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau
sebagai Menteri Kewangan.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI
juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.
Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa
persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk
kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
“Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI juga
menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang
menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang
haram yang besar.
"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka
kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan
yang dibuat.
"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011
dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga
2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.
Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti
yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga
mewah melibatkan rakyat di negara ini.
Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan
semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun
berturut-turut.
"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak
naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran
ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013. - TMI
Mimpi Senja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.