Followers

Tuesday, December 24, 2013

Pemuda PAS kutuk penahanan Pengerusi TURUN, sepatutnya tahan orang yang songlap duit negara.


Photo: Tuesday, December 24, 2013.

Pemuda PAS kutuk penahanan Pengerusi TURUN, sepatutnya tahan orang yang songlap duit negara.

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA MENGUTUK PENAHANAN AZAN SAFAR

Semalam Saudara Muhammad Azan Safar, pengerusi TURUN telah di tahan di balai polis Dang Wangi atas tuduhan cubaan menganjurkan himpunan pada 31 Disember ini. 

Beliau ditahan malam semalam dan polis akan mendapatkan perintah reman daripada Majistret pada pagi ini (24/12/2013).

Ketidakpuasan hati anak-anak muda terhadap masalah ekonomi terkini seperti kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol, cukai GST dan lain-lain masalah-masalah ekonomi negara adalah diakibatkan oleh keborosan dan ketirisan kerajaan yang tidak diambil langkah yang serius oleh pihak kerajaan.

Saya melihat usaha anak-anak muda untuk mengadakan bantahan aman bukan sahaja mewakili anak muda, bahkan ia adalah tindakan membela dan menyedarkan rakyat. 

Selama mana ianya adalah perhimpunan aman bagi meluahkan kebenaran, maka selama itu ianya perlu dihormati. Mana-mana tindakan dan kenyataan provokasi seperti cuba menggambarkan himpunan aman itu adalah ‘perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan’ sebagaimana yang digambarkan oleh beberapa akhbar arus perdana hari ini, sepatutnya diambil tindakan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa kerana mengeruhkan keadaan dan suasana serta melahirkan rasa tidak selamat di dalam masyarakat.

Bagi saya, sebelum pihak berkuasa menahan reman saudara Azan Safar, sepatutnya pihak berkuasa menahan terlebih dahulu mereka-mereka yang terlibat dengan masalah ketirisan negara khususnya sebagaimana yang dilaporkan di dalam audit negara baru-baru ini. 

Mereka-mereka ini adalah penjenayah negara sebenar yang boleh melingkupkan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat keseluruhan, bukannya menangkap saudara Azan Safar.

Saya, KP, TKP dan NKP pergi ke Balai Polis Dang Wangi selepas mesyuarat DPPM semalam bagi memberikan sokongan moral sekalipun tidak dapat bertemu beliau.

ZAHARUDIN MUHAMMAD
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bertarikh : 24 Disember 2013.

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA MENGUTUK PENAHANAN AZAN SAFAR

Semalam Saudara Muhammad Azan Safar, pengerusi TURUN telah di tahan di balai polis Dang Wangi atas tuduhan cubaan menganjurkan himpunan pada 31 Disember ini.

Beliau ditahan malam semalam dan polis akan mendapatkan perintah reman daripada Majistret pada pagi ini (24/12/2013).


Ketidakpuasan hati anak-anak muda terhadap masalah ekonomi terkini seperti kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol, cukai GST dan lain-lain masalah-masalah ekonomi negara adalah diakibatkan oleh keborosan dan ketirisan kerajaan yang tidak diambil langkah yang serius oleh pihak kerajaan.

Saya melihat usaha anak-anak muda untuk mengadakan bantahan aman bukan sahaja mewakili anak muda, bahkan ia adalah tindakan membela dan menyedarkan rakyat.

Selama mana ianya adalah perhimpunan aman bagi meluahkan kebenaran, maka selama itu ianya perlu dihormati. 
Mana-mana tindakan dan kenyataan provokasi seperti cuba menggambarkan himpunan aman itu adalah ‘perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan’ sebagaimana yang digambarkan oleh beberapa akhbar arus perdana hari ini, sepatutnya diambil tindakan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa kerana mengeruhkan keadaan dan suasana serta melahirkan rasa tidak selamat di dalam masyarakat.

Bagi saya, sebelum pihak berkuasa menahan reman saudara Azan Safar, sepatutnya pihak berkuasa menahan terlebih dahulu mereka-mereka yang terlibat dengan masalah ketirisan negara khususnya sebagaimana yang dilaporkan di dalam audit negara baru-baru ini.

Mereka-mereka ini adalah penjenayah negara sebenar yang boleh melingkupkan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat keseluruhan, bukannya menangkap saudara Azan Safar.

Saya, KP, TKP dan NKP pergi ke Balai Polis Dang Wangi selepas mesyuarat DPPM semalam bagi memberikan sokongan moral sekalipun tidak dapat bertemu beliau.

ZAHARUDIN MUHAMMAD
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bertarikh : 24 Disember 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.