Followers

Wednesday, December 11, 2013

PEGAWAI POLIS PEKAN TERHARU SUMBANGAN UNIT AMAL KESAL BELASAH MEREKA SEMASA BERSIH 3

 Diharap selepas ini sedar dan insaf lah - "JANGAN LAGI JADI ANJING JADIAN UMNO." - Jalankan tugas dengan penuh dedikasi..... INGAT KEPADA ALLAH SWT. Persetankan pemimpin2 yang zalim, rasuah, salah gunakuasa....kerana satu hari nanti kita akan kembali kepada MAHA PENCIPTA..... disana nanti kita akan dihisab dengan kebaikan dan keburukan kita..... JAUHI dari menyokong kepada Pemerin tah yang zalim - Hayati Surah Hud Ayat 113......

 

Sampai masanya, kebaikan itu akan dihargai...

Saya mempunyai seorang teman, pegawai polis berasal dari Kelantan bertugas di satu IPD di negeri asal Perdana Menteri.

Sudah lama beliau dan keluarga adalah pengunjung tetap klinik saya setiap kali pulang ke kampungnya di Kelantan walaupun dia tahu tuan punya klinik yang merawatnya dan keluarganya adalah bekas calon PAS dalam pilihanraya umum.

Biasa kami berbual dalam banyak perkara termasuk isu-isu politik semasa negara. Kami berdua bersikap terbuka dalam perkara ini. Pandangan saya dihormati dan pandangannya juga saya hormati.

Sejurus sebelum Himpunan BERSIH 2.0 dulu, beliau bertandang ke klinik saya. Secara terbuka saya maklumkan kepadanya bahawa saya akan turut hadir ke himpunan tersebut. 


Sebagai seorang pegawai polis, beliau menunjukkan riak wajah tak bersetuju dengan tindakan saya sambil memaklumkan bahawa beliau juga turut diarahkan bertugas semasa himpunan tersebut. Sempat saya bergurau, "jangan katok saya deh..."

Melalui perbualan dan persahabatan untuk suatu jangka yang agak lama, saya tahu beliau seorang pegawai polis yang bukan pro pembangkang, juga bukan pro Umno.

Hari ini, kebetulan balik bercuti, beliau singgah di klinik. Kebetulan ketika lalu di hadapan Masjid Kubang Kerian, ada tergantung banner ceramah Dr Azam Tamimi. Soalan pertama yang beliau tanya selepas bersalaman, "Dr Azam Tamimi tu siapa?"

"Pemimpin HAMAS Palestin." Jelas saya ringkas.

"Saya nak cakap ko Dr satu perkara, masa banjir di Kuantan baru ni, saya cukup respect dengan sumbangan unit amal PAS! Sayu bila teringat balik, anggota saya belasah mereka masa Himpunan Bersih dulu..." ujarnya berbaur kesal dengan apa yang telah berlaku.

Saya hanya mendiamkan diri sambil hati kecil saya berkata, "sampai masanya kebaikan itu akan dihargai..." DrAzman Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.