Followers

Tuesday, December 17, 2013

'PAS hadapi ujian lebih besar semasa isu Memali' - Abdul Rahim Sabri


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sentimen anti-Syiah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini tidak sehebat ujian yang dihadapi parti Islam tersebut sewaktu tragedi Memali tercetus pada tahun 1980-an.

pas muktamar 231113 mat sabuMohamad berkata, beliau percaya bahawa anggota parti Islam tersebut memahami bahawa isu berkenaan hanya dibangkitkan untuk menyerang parti berkenaan.

"Kita menerima ujian lebih besar semasa Memali dahulu," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden Salahuddin Ayub yang menegaskan bahawa PAS tidak terpengaruh dengan sentimen yang ditimbulkan itu.

"Kami tidak terpengaruh... Itu politik hingusan," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar.

Para pemimpin berkenana bagaimanapun enggan menjawab soalan berkaitan tuduhan yang dikaitkan dengan Mohamad.


Isu berkenaan telah diperjelaskan dalam dalam sidang media berasingan pada jam 2 petang ini.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.